Utusan Borneo (Sarawak)

Switzerlan­d ke Nizhny Novgorod buru satu mata berharga

-

NIZHNIY NOVGOROD, Rusia: Switzerlan­d bertandang ke Nizhny Novgorod dengan harapan memburu sekurang- kurangnya satu mata untuk menjamin tempat mereka ke pusingan kedua Piala Dunia 2018 dan juga mahu melupakan kontrovers­i politik yang menyelubun­gi pasukan.

Semua perhatian mungkin kepada perlawanan penting di antara Brazil menentang Serbia pada hari ini tetapi pada masa yang sama Switzerlan­d mempunyai peluang untuk menjamin tempat ke pusingan kedua dan malah mendahului Kumpulan E.

Kemenangan atau juga keputusan seri untuk Switzerlan­d menentang Costa Rica yang sudah tersingkir dari saingan untuk men- empah tempat ke pusingan kedua.

Kemenangan besar mungkin bermakna memenangi kumpulan dan berpotensi bertemu dengan juara bertahan, Jerman di pusingan kedua, dengan syarat Jerman melepasi saingan Kumpulan F.

Dan jika Bra z i l menewaskan Serbia, Switzerlan­d akan mara walaupun jika mereka tewas kepada Costa Rica.

Tetapi walaupun kemaraan mereka dalam padang kelihatan lancar – keputusan seri 1- 1 dengan Brazil dan kemenangan ke atas Serbia – isu di luar padang bagaimanap­un lebih mengecewak­an.

Isnin lepas, tiga pemainnya – Xherdan Shaqiri, Granit Xhaka dan Stephan Lichtstein­er – diancam penggantun­gan tetapi tiada tindakan serius diambil oleh badan induk bola sepak dunia, FIFA.

Shaqiri dan Xhaka menjaringk­an gol ketika m e n e w a s k a n Serbia 2-1 dan kedua- dua p e m a i n m e r - a i k a n g o l dengan m e m - b u a t i s y a r a t t a n - gan “dua b u r u n g helang” yang mewakili bendera Albania.

Lichsteine­r juga didakwa kerana menyertai sambutan gol itu.

Daripada penggantun­gan kerana isyarat politik, yang mungkin digunapaka­i pada perlawanan menentang Costa Rica, FIFA hanya mendenda ketiga- tiga pemain kerana “tingkah l aku t i ada s e - mangat kesukanan”. Shaqi r i dan Xhaka berk e t u - r u n a n e t n i k A l b a - nia dari Kosovo, b e k a s w i l a y a h Se rbi a yang me n g umumk a n kemerdekaa­n, satu langkah yang tidak diiktiraf oleh Belgrade. Ribuan terbunuh dan hilang tempat tinggal di Kosovo pada lewat 1990an semasa konflik di antara tentera Serbia dan pejuang etnik Albania.

Kosovo mempunyai majoriti etnik Albania dan ramai mengenal pasti bendera Albania menunjukka­n simbol dua ekor burung helang.

Shaqiri lahir di Kosovo dari ibu bapa Kosovar pada 1991 dan keluargany­a berhijrah ke Switzerlan­d setahun kemudian.

Xhaka lahir di Switzerlan­d selepas keluargany­a berpindah dari Kosovo. Abangnya, Taulant, juga seorang pemain bola sepak profesiona­l, yang memilih bermain untuk Albania.

Kontrovers­i biasanya jarang berlaku untuk Switzerlan­d, yang kebiasaann­ya kur ang mendapa t perhatian di Piala Dunia dan dibimbing oleh bekas jurulat ih kelab Lazio, Vladimir Petkovic, yang lahir di bekas Yugoslavia.

Menang dua lagi perlawanan, mereka akan menjadi skuad pertama dari Switzerlan­d yang melepasi pusingan kedua sejak menganjurk­an kejohanan itu pada 1954.

Bagi Costa Rica, Nizhy Novgorod mewakili peluang terakhir untuk menebus kekecewaan di Piala Dunia selepas mencipta kejutan dengan melangkah ke suku akhir pada 2014.

Kali ini, skuad kendalian Oscar Ramirez gagal mengutip sebarang mata atau menjaringk­an sebarang gol.

Hanya pada 2006 di mana mereka gagal mengutip sebarang mata di pusingan pertama. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia