Utusan Borneo (Sarawak)

Queiroz menegaskan Ronaldo selayaknya dibuang padang

-

SARANSK, Rusia: Jurulatih Iran, Carlos Queiroz berkata kapten Portugal, Cristiano Ronaldo bernasib baik tidak dilayangka­n kad merah walaupun semakan video bantuan pengadil (VAR) jelas melihat beliau menyiku pemain lawan ketika kedua-dua pasukan seri 1-1 di Piala Dunia Isnin lepas.

Portugal akan menentang Uruguay di pusingan kedua kejohanan selepas mara selaku naib juara Kumpulan B tetapi Queiroz menegaskan Ronaldo selayaknya dibuang padang kerana menyiku pemain pertahanan Iran, Morteza Pouraligan­ji.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut, ia adalah tentang negara dan rakan senegara saya. Saya tahu ia pastinya satu perang ke atas saya nanti,” kata Queiroz, yang membimbing negaranya, Portugal di Piala Dunia 2010.

“Tetapi realitinya ialah anda memberhent­ikan perlawanan untuk VAR, ada jelas perbuatan menyiku. Menyiku adalah kesalahan kad merah dalam peraturan. Dalam peraturan ia tidak berkata jika mereka (Lionel ) Messi atau Ronaldo...”

Ia adalah malam yang sibuk untuk pengadil bantuan video di Saranks selepas dua tendangan penalti diberikan selepas melakukan semakan, selain dari insiden melibatkan Ronaldo.

“Kami menerima kesilapan manusia sebelum ini, ia adalah sebahagian dari sukan ini. Pemain melakukan kesilapan, jurulatih melakukan kesilapan dan begitu juga pengadil,” kata Queiroz.

“Tetapi sekarang anda mempunyai satu sistem yang sangat mahal. Ia melibatkan lima, enam orang dalam bilik video dan apa yang berlaku? Tiada siapa mengambil tanggungja­wab.

“Kami perlu seperti sukan ragbi. Apabila ada satu keputusan menggunaka­n VAR, saya perlu tahu apa yang pengadil katakan kepada mereka, orang ramai perlu tahu apa yang berlaku.”

“Jadi pada pandangan saya, Infantino (presiden FIFA) dan FIFA, semua orang bersetuju sistem VAR tidak berfungsi dengan lancar,” tambah beliau. “Ia realitinya, ada banyak aduan kedengaran.”

Ricardo Quaresma membuka jaringan dengan satu rembatan cantik dari luar kotak penalti pada minit akhir sebelum rehat.

Ronaldomem­punyaipelu­ang menambah jaringan lima minit selepas rehat tetapi tendangan penalti beliau ditepis penjaga gol Iran, Ali Beiranvand.

Pemain pertahanan Portugal, Cedric, menghadiah­kan tendangan penalti lewat kepada Iran selepas bola terkena tangan dengan Karim Ansarifard tidak mempunyai masalah untuk mengikat kedudukan.

Mehdi Taremi hampir menjaringk­an gol kemenangan Iran tetapi rembatan bola muntah hanya terkena luar jaring.

Ronaldo jelas kecewa selepas gagal menambah empat gol beliau sebelum ini selain turut mengalami kekecewaan seperti Lionel Messi yang gagal menyempurn­akan tendangan penalti di Piala Dunia kali ini.

“Ia boleh difahami, ia perkara biasa. Pemain terbaik di dunia menghadapi­nya,” kata jurulatih Portugal, Fernando Santos.

“Ia lebih mengecewak­an bagi mereka berbanding pemain lain. Mereka sentiasa mahu menang. Mereka mahu menjadi yang terbaik dan enggan menerima kekalahan dan apabila mereka gagal, ia menyebabka­n mereka berasa sangat kecewa. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LASAK: Ronaldo (kiri) diasak Pouraligan­ji ketika bersaing pada perlawanan di Mordovia Arena, Saransk Isnin lepas.
— Gambar AFP LASAK: Ronaldo (kiri) diasak Pouraligan­ji ketika bersaing pada perlawanan di Mordovia Arena, Saransk Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia