Utusan Borneo (Sarawak)

Taee Veteran FC dinobatkan juara Bola Sepak Liga Veteran Jemputan 2018

-

KUCHING: Pasukan Taee Veteran FC dinobatkan juara edisi pertama Kejohanan Bola Sepak Liga Veteran Jemputan 2018 yang melabuhkan tirai pada Ahad lalu di Kampung Taee, Serian.

Selepas bersaing dalam tujuh perlawanan, Taee Veteran gah di puncak liga dengan mengumpul 17 mata daripada lima kemenangan dan seri dua kali dengan tanpa sebarang kekalahan.

CGU FC dengan 12 mata muncul naib juara disusuli VPB FC di tempat ketiga juga dengan 12 mata.

Tempat keempat hingga kelapan dirangkul Seratau FC, LVFT FC, VKH FC, Serin Masters dan Kantau Brothers.

Taee Veteran turut membawa pulang anugerah tambahan selepas penyerang mereka, Donny Lapis diumumkan sebagai Penjaring Terbanyak kejohanan.

Pada perlawanan akhir liga, Taee Veteran berjaya mengikat CGU FC dengan keputusan 3-3 untuk mengesahka­n kejuraaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus merasmikan majlis penanguhan liga itu.

Liga tersebut dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Veteran Kampung Taee selama 13 minggu dan disertai sebanyak lapan pasukan.

Pengerusi Liga, Tomson Jaig memberitah­u edisi kedua liga tersebut akan menyaksika­n lebih banyak penyertaan pada masa akan datang.

“Saya juga mengucapka­n ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan liga ini,” katanya.

 ??  ?? SEDIA BERSAING: John (duduk tiga kanan) bersama barisan pemain, pengadil dan tetamu sebelum perlawanan akhir bermula.
SEDIA BERSAING: John (duduk tiga kanan) bersama barisan pemain, pengadil dan tetamu sebelum perlawanan akhir bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia