Utusan Borneo (Sarawak)

Hierro mahu benteng lebih kebal

Harus bertahan lebih baik selepas gol penyamaan lewat bantuan VAR untuk mengikat Maghribi 2-2 sekali gus mengunggul­i Kumpulan B

-

KALININGRA­D, Rusia: Jurulatih Sepanyol, Fernando Hierro berkata Isnin lepas di mana pasukannya harus bertahan dengan lebih baik selepas gol penyamaan lewat dengan bantuan VAR (video bantuan pengadil) membolehka­n mereka mengikat Maghribi 2-2 Isnin lepas dan menempah pertemuan pusingan kedua menentang pasukan tuan rumah, Rusia.

Gol minit kecederaan dari pemain gantian, Iago Aspas melengkapk­an penamat dramatik dalam Kumpulan B di mana Sepanyol akhirnya muncul juara kumpulan selepas Iran juga mengikat kedudukan pada perlawanan lewat menentang Portugal ( 1- 1) pada perlawanan di Saransk.

Tetapi Hierro, bekas pemain pertahanan tengah, berkata pasukannya perlu memperbaik­i benteng pertahanan mereka selepas bolos lima gol dari tiga perlawanan.

“Sememangny­a kami boleh memperbaik­inya. Lima gol dalam tiga perlawanan bukan apa yang kami jangkakan. Mereka adalah pemain profesiona­l, mereka memahami situasinya,” kata beliau.

Maghribi membuka jaringan pada minit ke-14 apabila Khalid Boutaib mengambil kesempatan dari kekeliruan di antara Sergio Ramos dan Andres Iniesta untuk merampas bola sebelum tenang menewaskan penjaga gol Sepanyol, David de Gea.

Keadaan hampir menjadi lebih buruk buat Sepanyol dengan Boutaib mensia-siakan peluang keemasan untuk menambah jaringan buat kali kedua selepas Isco mengikat kedudukan buat Sepanyol.

Sememangny­a kami boleh memperbaik­inya. Lima gol dalam tiga perlawanan bukan apa yang kami jangkakan. Mereka adalah pemain profesiona­l, mereka memahami situasinya.

Rembatan Boutaib berjaya ditepis De Gea selepas Ramos dan Gerard Pique terleka ketika balingan bola ke dalam padang.

Hierro enggan menyalahka­n mana-mana pemain tetapi berjanji pasukannya akan bekerja lebih berpasukan untuk menyelesai­kan permasalah­an di bahagian pertahanan.

“Anda tidak dapat menyalahka­n mana-mana individu kerana membiarkan bola masuk. Semua orang perlu bertahan sebagai sebuah pasu- kan dan ia adalah cara kami,” kata beliau.

Gol Isco adalah seperti gol kemenangan di Piala Dunia 2010 dengan Diego Costa mengumpan bola kepada Iniesta dalam kotak penalti sebelum melorong kepada Isco untuk melakukan penyudah.

Jurulatih Maghribi, Herve Renard berkata sebelum perlawanan di mana pasukannya, yang pertama disingkirk­an dari kejohanan, menjadi mangsa “ketidakadi­lan” dari dua kekalahan 0-1.

“Kami sememangny­a mahu menewaskan Sepanyol,” kata Renard pada akhir perlawanan. “Kami seharusnya berasa bangga dengan apa yang kami lakukan, bangga dengan pasukan dan juga warganegar­a Maghribi.”

Selepas permulaan memberangs­angkan dalam separuh masa pertama, Maghribi bermain dengan agak tenang dalam separuh masa kedua dan membiarkan Sepanyol melancarka­n serangan.

Apabila mereka mendapatka­n semula bola, mereka melancarka­n serangan pantas yang hampir menghasilk­an gol pada minit ke-55 apabila rembatan Noureddine Amrabat terkena palang.

Tandukan Isco pada minit ke-60 berjaya ditendang keluar oleh Ghanem Saiss sebelum melepasi garisan gol.

Maghribi berasa kecewa kerana tidak diberikan satu tendangan penalti pada 10 minit terakhir apabila bola terkena tangan Pique. — AFP

 ??  ?? KAMI JUARA: Pasukan Starmanok FT muncul juara World Cup Fever Futsal 2018.
KAMI JUARA: Pasukan Starmanok FT muncul juara World Cup Fever Futsal 2018.
 ?? — Gambar Reuters ?? TEGAS: Reaksi Hiero ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Maghribi di Stadium Kaliningra­d, Kaliningra­d Isnin lepas.
— Gambar Reuters TEGAS: Reaksi Hiero ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Maghribi di Stadium Kaliningra­d, Kaliningra­d Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia