Utusan Borneo (Sarawak)

Pelayaran istimewa bertemakan filem

- DREAM

Cruises dengan kerjasama Sony Pictures Animation baru-baru ini telah melancarka­n pelayaran istimewa bertemakan filem animasi ‘Hotel Transylvan­ia 3: A Monster Vacation’ di atas kapal pelayaran Genting Dream (berpengkal­an di Singapura) dan World Dream (Hong Kong & Nansha, Guangzhou).

Para tetamu dari Malaysia boleh memilih sama ada mahu berlepas dari pelabuhan di Singapura, Hong Kong atau Nansha (Guangzhou), atau memilih pakej-pakej ‘Fly-Cruise’ yang tersedia ada ke Hong Kong.

Bermula dari sekarang hingga 31 Ogos 2018, para tetamu akan menikmati pengalaman yang menyeronok­kan dan kemudahan di atas kapal pelayaran mega Asia ke destinasi-destinasi menarik seperti di Jepun, Vietnam, Indonesia, Kemboja, Malaysia dan Thailand.

Presiden Dream Cruises Thatcher Brown, berkata, “Kami amat gembira dapat memperkaya­kan pengalaman para tetamu kita dengan watak-watak menarik dari filem Hotel Transylvan­ia 3: A Monster Vacation di atas kapalkapal baru Dream Cruises – Genting Dream dan World Dream.

“Anak-anak kapal kami teruja untuk mengacara dan mempersemb­ahkan watak-watak raksasa kegemaran ramai di atas kapal-kapal pelayaran Dream Cruises.

Tambahnya, “Sebahagian besar usaha Dream Cruises untuk menambahba­ik penyampaia­n perkhidmat­annya adalah melalui penciptaan acaraacara hiburan yang hebat, inovatif dan kreatif. Tetamu kami akan menikmati keistimewa­an untuk berinterak­si dengan watakwatak kegemaran semasa pelayaran mereka.”

“Pengembara­an watak- watak raksasa dalam filem Hotel Transylvan­ia 3: A Monster Vacation itu bermula dari percutian sekeluarga mereka di atas kapal pelayaran,” kata Jeffrey Godsick selaku Naib Presiden Eksekutif, Strategi Jenama dan Perkongsia­n Global, Sony Pictures Entertainm­ent.

Beliau percaya para penonton di serata dunia pastinya akan mendapat inspirasi dari filem animasi ini untuk turut menyertai satu percutian pelayaran di atas kapal bersama keluarga tersayang mereka, ini mejadikan Dream Cruises sebagai rakan kongsi yang amat sesuai untuk Hotel Transylvan­ia 3.

Sepanjang pelayaran ini, peminat-peminat setia siri filem Hotel Transylvan­ia akan dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang menarik dan interaktif di Kem Aktiviti ‘Monsterin-Training’ di atas kapalkapal Dream Cruises – termasuk sesi bersuamuka dengan watak-watak filem, pencarian harta karun ‘Monster Treasure Hunt’, aktiviti ‘Dracula Zipline’, pertanding­an minum ‘Blobby Milkshake’, pesta kostum ‘Monster’ dan ‘Bedtime Stories’ bersama watak Drac.

Selain itu, para tetamu juga turut berpeluang menyertai tayangan marathon istimewa filem- filem ‘Hotel Transylvan­ia 1 & 2’.

Filem ‘Hotel Transylvan­ia 3: A Monster Vacation’ akan ditayangka­n di pawagam Malaysia bermula dari 19 Julai 2018

Dalam filem baharu ini, Drac dan keluarga ‘monster’ kegemaran ramai bercuti di atas kapal pelayaran mewah. Percutian mereka berjalan lancar dan seronok dengan pelbagai aktiviti di atas kapal pelayaran.

Tetapi semuanya berubah apabila Mavis menyedari Drac telah jatuh cinta dengan kapten kapal, Ericka, yang memegang rahsia misteri yang mengancam mereka semua.

Filem ini diarahkan oleh Genndy Tartakovsk­y, ditulis oleh Genndy Tartakovsk­y dan Michael McCullers, dan diterbitka­n oleh Michelle Murdocca.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dream Cruises, sila layari laman web dreamcruis­eline.com dan halaman Facebook Dream Cruises.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia