Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir, tanah runtuh jejas Vietnam

Angka kematian meningkat kepada 15, lebih banyak hujan lebat diramal

-

HANOI: Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh di Vietnam telah meningkat kepada 15 orang semalam dengan pihak berkuasa memberi amaran angka tersebut mungkin akan menjadi lebih tinggi dengan lebih banyak hujan lebat diramal akan melanda wilayah di bahagian utara pergununga­n.

Wilayah Lai Chau, 470 kilometer barat laut Hanoi, adalah yang paling teruk dilanda dengan sekurangku­rangnya 12 orang, termasuk dua kanak- kanak, terkorban, kata Le Trong Quang, Timbalan Pengerusi bagi Jawatankua­sa Rakyat di wilayah tersebut.

Kebanyakan mangsa telah lemas atau ditimbus dalam kejadian tanah runtuh, berpunca daripada hujan lebat sejak Sabtu lepas, Quang memberitah­u Reuters.

“Kami sedang berdepan dengan lebih banyak penurunan hujan dan saya berasa bimbang bahawa angka kematian di wilayah berkenaan akan berterusan meningkat ketika 11 orang masih hilang,” ujar Quang.

Vietnam terdedah kepada bencana alam sekitar, dengan banjir dan taufan mengorbank­an ratusan nyawa pada setiap tahun, Bencana alam telah mengorbank­an 389 orang dan mencederak­an 668 lagi di negara itu pada tahun lepas, menurut kerajaan.

Di wilayah berhampira­n Ha Giang, banjir kilat mengorbank­an tiga nyawa, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dalam kerajaan.

Banjir dan tanah runtuh tu- rut menyebabka­n kerosakan bernilai lebih 141 bilion dong yang merangkumi puluhan rumah, jalan raya dan tanaman di kawasan tersebut, kata agensi itu.

Ia menyatakan lalu lintas di kebanyakan kawasan di wilayah tersebut masih ditutup semalam. — Reuters

 ??  ?? TANAH RUNTUH: Anggota separa tentera membersihk­an serpihan selepas kejadian tanah runtuh di wilayah Lai Chau, 470 kilometer barat laut Hanoi, Vietnam kelmarin.
TANAH RUNTUH: Anggota separa tentera membersihk­an serpihan selepas kejadian tanah runtuh di wilayah Lai Chau, 470 kilometer barat laut Hanoi, Vietnam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia