Utusan Borneo (Sarawak)

Guatemala minta AS bantu pendatangn­ya selepas letusan Feugo

-

BANDAR GUATEMALA: Guatemala kelmarin meminta kerajaan Amerika Syarikat ( AS) agar memberikan Status Perlindung­an Sementara kepada pendatangn­ya selepas letusan gunung berapi Feugo yang membinasak­an.

Pihak berkuasa telah mengesahka­n kematian 112 orang akibat kesan letusan tersebut pada 3 Jun, namun ramai lagi yang masih belum diketahui nasib mereka.

“Saya sudah mengarahka­n Menteri Hal Ehwal Luar Negara untuk segera memohon Status Perlindung­an Sementara (TPS) daripada kerajaan AS untuk pendatang dari Guatemala, kata Presiden Jimmy Morales dalam Twitter.

Menteri Luar Sandra Jovel menyatakan kemudian bahawa beliau telah menghantar sekeping nota kepada pentadbira­n Presiden Donald Trump untuk membuat permohonan “bagi pihak saudara pendatang kami.”

Tujuannya adalah “untuk memberi faedah kepada rakyat (tanpa dokumen) yang tinggal... di AS dengan satu permit kerja bagi mengelakka­n mereka dihantar pulang ,” tambah beliau.

Gunung berapi, 35 kilometer barat laut ibu negara, telah menyebabka­n limpahan bahan gunung berapi yang membakar komuniti San Miguel Los Lotes di selatan negara itu.

Guatemala melakukan usahanya bagi TPS selepas baru-baru ini Washington mengumumka­n ia akan membatalka­n faedah itu untuk El Salvador dan Honduras masing-masing pada 2019 dan 2020.

TPS, yang memberi penempatan sementara dan bantuan pekerjaan kepada pendatang, telah diberikan kepada rakyat Salvador selepas dua gempa bumi memusnahka­n sebahagian besar negara tersebut pada Januari dan Februari 2001. Honduras memperoleh­inya selama beberapa tahun selepas dilanda hurikan.

Majlis Bantuan Migran Negara Guatemala menganggar­kan kira-kira 1.5 juta rakyat Guatemala tinggal di AS dan hanya di antara 300,000 dan 400,000 yang mempunyai permit penempatan rasmi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia