Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas California didakwa bakar rumah, tembak mati anggota bomba

-

LONG BEACH: Seorang lelaki berusia 77 tahun didakwa menembak anggota bomba yang memberi respons kepada satu kebakaran kelmarin di rumah orang tua Long Beach, California, di mana suspek tinggal, mengorbank­an seorang, mungkin telah memulakan kebakaran besar dalam langkah untuk menyasarka­n mereka, kata polis.

Suspek Thomas Kim, yang ditahan di tempat kejadian kebakaran dan tembakan awal pagi itu, akan didakwa atas tuduhan membunuh, cuba membunuh dan membakar secara sengaja, Ketua Polis Long Beach Robert Luna memberitah­u wartawan pada sidang media tengah hari.

Kapten Dave Rosa, seorang veteran selama 17 tahun dalam Jabatan Bomba Long Beach, meninggal dunia akibat kecederaan ditembak di sebuah hospital. Seorang lagi anggota bomba dan seorang penghuni apartmen itu tercedera.

Luna berkata dua alat yang mencurigak­an ditemui di dalam kediaman Kim di bangunan itu dan satu letupan telah kedengaran ketika permulaan kebakaran besar itu. Sepucuk pistol turut ditemui di tempat kejadian.

Ketika ditanya oleh seorang wartawan sekiranya penyiasat mengesyaki bahawa Kim mungkin telah memulakan kebakaran itu sebagai satu rancangan untuk menyasarka­n mereka, Luna berkata: “Bukti awal dan keterangan saksi ada merujuk kami ke arah itu.”

Luna meminta orang awam untuk tampil ke depan sekiranya mereka memiliki sebarang mak- lumat mengenai insiden tersebut.

Ketua polis berkata Kim, yang ditahan dengan ikat jamin berjumlah $2 juta, pernah ditangkap sebelum ini bagi rompakan kereta “beberapa tahun lepas”, namun tidak menjelaska­n kenapa lelaki tua itu mahu menembak anggota bomba.

“Ini adalah kali pertama kami mengalami sesuatu seperti ini,” Ketua Bomba Long Beach Mike Duree memberitah­u wartawan, sambil menambah bahawa Rosa adalah seorang anggota yang paling disenangi di jabatan bomba.

Beliau berkata anggota bomba yang tercedera dijangka beransur pulih sepenuhnya sementara penghuni yang tercedera disenaraik­an dalam keadaan kritikal namun stabil di Pusat Perubatan St. Mary di Long Beach. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia