Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Filipina buru gerila komunis, tersilap bunuh enam polis

-

MANILA: Pasukan tentera Filipina yang memburu gerila komunis telah tersilap membunuh enam anggota polis dan mencederak­an sembilan yang lain yang turut serta dalam rondaan hutan, kata pihak berkuasa semalam.

Pihak tentera menyatakan ia telah melancarka­n satu siasatan mengenai insiden kelmarin, yang berlaku sejurus selepas kerajaan menangguhk­an rundingan damai yang tidak pasti bertujuan untuk menamatkan salah satu keganasan paling lama di Asia.

“Ia adalah sebuah hutan tebal dan kamu tidak dapat melihat melalui kedudukan mereka,” Kapten Francis Agno, jurucakap bagi divisyen tentera yang terlibat dalam pertempura­n senjata selama 30 minit, memberitah­u AFP.

“Selepas pertembung­an itu, pasukan tentera mendapati bahawa ia adalah anggota polis yang telah bertempur dengan mereka. Sekarang terdapat satu siasatan menyeluruh bagi menjelaska­n insiden tersebut,” jelas beliau, sambil menambah ia adalah satu siasatan bersama dengan polis.

Polis berkata rakan setugas mereka turut melakukan rondaan di kawasan berhampira­n dengan pekan Santa Rita, kira-kira 550 kilometer tenggara Manila.

Mereka mengesahka­n enam anggota polis terkorban dan sembilan lagi tercedera, ketika unit tentera tidak melaporkan sebarang kematian atau kecederaan.

Pertempura­n berlaku di pulau timur miskin Samar, salah satu kubu terakhir bagi pemberonta­kan selama 49 tahun oleh gerila komunis Tentera Rakyat Baharu (NPA) yang telah mengorbank­an 30,000 nyawa menurut kiraan kerajaan.

Rundingan damai telah diadakan secara tidak tetap selama 30 tahun dan Presiden

Rodrigo Duterte memutuskan untuk menangguhk­an selama tiga bulan bagi penerusan rundingan yang dijadualka­n pada asalnya bulan ini.

Pertempura­n kelmarin bukan insiden serangan maut yang pertama melibatkan pasukan keselamata­n Filipina.

Pada tahun lepas dua serangan udara oleh tentera telah membunuh secara tidak sengaja sekurang-kurangnya 12 anggota tentera ketika pasukan tentera bertempur bagi merampas semula bandar selatan Marawi daripada kumpulan militan pro-IS. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia