Utusan Borneo (Sarawak)

616 pendatang diselamat di luar pantai Sepanyol

-

MADRID: Seramai 616 pendatang dalam kira-kira 20 kapal, termasuk sebuah kayak, telah diselamatk­an kelmarin di luar pantai Sepanyol, kata perkhidmat­an penyelamat negara.

Antara mereka yang diselamatk­an di atau berhampira­n Selat Gibraltar atau Laut Alboran yang lebih jauh ke timur di Mediterran­ean, tiga remaja dari Afrika Utara telah didapati cuba untuk pergi ke Sepanyol dalam sebuah kayak, kata Salvamento Maritimo dalam Twitter.

Operasi itu muncul lapan hari selepas 630 pendatang tiba di pelabuhan Valencia di Sepanyol menaiki tiga kapal, termasuk kapal penyelamat NGO Perancis Aquarius.

Kapal Aquarius menyelamat­kan pendatang di luar pantai Libya pada 9 Jun namun kerajaan populis yang baharu dan Malta telah menolak untuk membenarka­n ia berlabuh, mencetuska­n bantahan antarabang­sa sebelum Sepanyol turut masuk campur untuk membantu. Satu persidanga­n mini Kesatuan Eropah (EU) di- adakan pada Ahad lepas bagi membincang­kan isu migrasi namun tiada langkah konkrit yang telah dipersetuj­ui.

Sepanyol adalah destinasi ketiga paling besar bagi pendatang dalam EU selepas Itali dan Greece.

Ketika jumlah pendatang yang cuba untuk menyeberan­gi Mediterran­ean telah berkuranga­n separuh pada tahun ini dibandingk­an dengan 2017, jumlah yang sampai ke Sepanyol telah meningkat tiga kali ganda, kata Pertubuhan Antarabang­sa bagi Migrasi (IOM).

Kira-kira 12,155 tiba di Sepanyol pada tahun ini sahaja, jumlah terbaharu dalam IOM, dan seramai 292 lagi meninggal dunia dalam cubaan tersebut.

Rumusannya, hampir 1,000 pendatang telah kehilangan nyawa mereka di Mediterran­ean pada tahun ini, tambah mereka. — AFP

 ??  ?? SYUKUR: Seorang lelaki melutut sambil menadah tangan ke langit selepas kapal yang membawanya bersama puluhan pendatang lain selamat tiba di pelabuhan Motril, Sepanyol, kelmarin.
SYUKUR: Seorang lelaki melutut sambil menadah tangan ke langit selepas kapal yang membawanya bersama puluhan pendatang lain selamat tiba di pelabuhan Motril, Sepanyol, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia