Utusan Borneo (Sarawak)

Rusia hukum penjara lelaki gagal lapor penganjur serangan pro-IS

-

SAINT PETERSBURG: Mahkamah Rusia kelmarin menjatuhka­n hukuman penjara selama dua tahun dan enam bulan terhadap seorang lelaki kerana tidak melaporkan tentang penganjur yang disyaki bagi satu serangan pengganas yang dirancang, yang menurut Kremlin telah digagalkan dengan bantuan Amerika Syarikat (AS).

Pada Disember tahun lepas, Presiden Rusia Vladimir Putin menghubung­i rakan sejawatann­ya di AS Donald Trump untuk mengucapka­n terima kasih kepada beliau bagi perisikan CIA terhadap dua orang yang dikatakan telah merancang serangan ke atas Katedral Kazan di Saint Petersburg, salah satu kawasan tumpuan pelancong di bandar tersebut.

Shamil Omargadjee­v, 37, didapati bersalah kerana gagal melaporkan satu jenayah dan memiliki senjata api se- cara haram, kata mahkamah Pushinsky di Saint Petersburg dalam satu kenyataan.

Omargadjee­v mengenali salah seorang penganjur tersebut, Evgeny Efimov yang berusia 18 tahun, dan telah mendengar beberapa kali mengenai kecenderun­gan ideologiny­a dengan kumpulan Daesh (IS) dan rancangann­ya untuk melakukan satu serangan, kata mahkamah.

“Pada 8 November, 2017, Efimov memberitah­u Omargadjee­v bahawa dia telah menerima satu arahan... untuk meletupkan Katedral Kazan,” tambah kenyataan tersebut.

“Selepas menerima maklumat yang boleh dipercayai ini, Omargadjee­v tidak melaporkan­nya kepada polis”.

Menurut mahkamah, defendan telah mengaku bersalah. Siasatan mengenai suspek lain dalam kes berkenaan diteruskan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia