Utusan Borneo (Sarawak)

MATRADE sasar 5 peratus eksport tahunan daripada MTC Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) mempelawa syarikat peringkat pertengaha­n (MTC) di negara ini untuk menyumbang lima peratus kepada eksport tahunan sehingga 2021.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Sharimahto­n Mat Salleh berkata, walaupun mereka hanya merupakan satu peratus daripada penubuhan perniagaan dalam negara, MTC tetap menyumbang sebanyak 33 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK), selain mempunyai 22 peratus tenaga kerja.

“MATRADE mengajak lebih banyak MTC Malaysia khususnya yang dimiliki generasi belia dan berasaskan pertanian supaya lebih aktif untuk mewujudkan lebih banyak juara eksport,” katanya kepada pemberita selepas forum Memperkasa­kan Minda Golongan Muda, anjuran Konsortium MTC Malaysia, di sini semalam.

Sharimahto­n berkata, sebagai persediaan untuk menjalanka­n perdaganga­n antarabang­sa, MTC boleh menyertai program pembanguna­n pengeskpor­t seperti Program Pembanguna­n Syarikat Peringkat Pertengaha­n MATRADE (MTCDP).

“Apabila mereka sudah bersedia, mereka boleh menyertai pelbagai usaha promosi eksport untuk menembusi pasaran yang berkaitan.

“Kami melihat banyak potensi untuk perniagaan tani berjaya dalam arena global, namun mereka seharusnya menjadi sebahagian rantaian global terlebih dahulu. Kerjasama strategik dengan agensi awam dan sektor swasta penting untuk memastikan mereka mendapat sokongan yang diperlukan.

“Selain itu, ketampakan produk bagi saranan nilai juga perlu diberi perhatian disebabkan pembezaan dan tumpuan,” katanya.

MTCDP merupakan program berimpak tinggi khusus selama sembilan bulan untuk MTC dengan perolehan tahunan antara RM50 juta dan RM500 juta dalam sektor pembuatan serta RM20 juta hingga RM500 juta bagi sektor perkhidmat­an.

Ketika ini, 42 MTC daripada pelbagai sektor sedang menjalani fasa diagnostik untuk MTCDP, dengan syarikat terbabit mengenal pasti strategi eksport dan laluan pasaran yang hendak ditembusi.

Elemen utama dalam progam tersebut termasuk akses kepada pasaran eksport, risikan pasaran dan sesi bersama pakar.

Sharimahto­n berkata sejak 2014 hingga 2017, MTCDP telah membantu 173 MTC daripada sektor elektrik dan elektronik, makanan dan minuman, bahan binaan dan pembinaan, komponen automotif dan produk plastik.

“Sektor elektrik dan elektronik, makanan dan minuman dan sektor pembuatan dijangka berkembang maju,” katanya.

Pada 2017, MTC berjaya menembusi 18 pasaran baharu menerusi MTCDP, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Arab Saudi, Vietnam, Indonesia dan Myanmar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia