Utusan Borneo (Sarawak)

T7 Global sambut baik rundingan semula harga projek ECRL

-

KUALA LUMPUR: T7 Global Bhd menyambut baik rundingan semula harga projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dilaksanak­an oleh kerajaan baharu.

Pengerusin­ya Datuk Seri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan berkata, langkah itu akan menyumbang kepada harga yang lebih kompetitif dan membolehka­n syarikat sekurang-kurangnya mengetahui kos sebenar projek berkenaan.

“Namun bagi kami, kosnya kekal sama disebabkan selagi kami menjalanka­n kerja dan memperoleh bayaran, dan memperoleh keuntungan, kami akan teruskanny­a,” katanya.

Nik Norzrul Thani bercakap pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini semalam.

Pada Mac lepas, T7 Global menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) baharu dengan syarikat milik kerajaan Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporatio­n Bhd (EPIC) dan CMC Engineerin­g Sdn Bhd, bagi membentuk konsortium untuk melaksana pembinaan bahagianny­a dalam projek ECRL.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Eksekutifn­ya Tan Sri Tan Kean Soon memberi jaminan bahawa MoU itu tidak berubah walaupun berlaku perubahan kepimpinan kerajaan Terengganu.

“EPIC masih milik kerajaan negeri walaupun kepimpinan berubah,” katanya.

Nik Norzrul Thani mengulangi bahawa mereka gembira terhadap semakan semula harga ECRL dengan berkata ini akan memberikan peluang yang baik bagi syarikat kukuh dan kompetitif.

Ke l ma r i n , P e r d a n a Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan meneruskan ECRL jika ka memperoleh terma yang lebih baik menerusi rundin- gan semula itu dan jika kos projek dikurangka­n.

Ditanya sama ada syarikat itu akan menjalin usaha sama dengan projek pembinaan Berjaya Group, milik jutawan Tan Sri Vincent Tan, memandangk­an beliau kini merupakan antara pemegang saham utama T7 Global, beliau berkata: “Kami tidak mengetepik­an usaha sama dengan sesiapa, dan memandangk­an Vincent Tan kini merupakan pemegang saham, kami akan merebut peluang untuk menjalin kerjasama yang selari dengan beliau.”

Vincent Tan menguasai 22.2 juta saham atau 5.29 peratus kepentinga­n dalam T7 Global.

S ement a r a i tu, Ni k Norzrul Thani berkata T7 Global, sebagai penyedia perkhidmat­an minyak dan gas ( O& G), akan terus memberi tumpuan kepada segmen O&G dan beransuran­sur berkembang dalam sektor pembinaan infrastruk­tur.

“Pada masa ini, segmen O&G menyumbang­kan lebih daripada 90 peratus hasil kami, selebihnya daripada pembinaan dan segmen lain,” katanya.

Beliau berkata, syarikat itu tidak terhad kepada aktiviti dalam kontrak kerajaan, malah turut terlibat dalam tender sektor swasta.

Pada Mei lepas, T7 Global merancang mempelbaga­ikan perniagaan­nya ke dalam industri aeroangkas­a sebagai sebahagian daripada strategi untuk meningkatk­an aliran pendapatan­nya, sambil mengurangk­an pergantung­an pada sektor O&G.

Pengarah Eksekutifn­ta Tan Kay Vin berkata syarikat itu sebelum ini terlibat dalam pembinaan Mass Rapid Transit 2 dan beberapa pakej kecil projek itu.

“Kami sudah mempunyai pengalaman dalam pembinaan infrastruk­tur,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia