Utusan Borneo (Sarawak)

Eagleexpre­ss dan Suasa Airlines turut gesa MAVCOM dibubarkan

Tidak galak industri penerbanga­n berkembang, sebaliknya menekan

-

KUALA LUMPUR: Dua syarikat penerbanga­n carter, Eaglexpres­s Air Charter Sdn Bhd dan Suasa Airlines Sdn Bhd, turut menyuaraka­n pandangan yang sama dengan AirAsia menggesa kerajaan baharu membubarka­n Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM).

Presiden Eaglexpres­s Kapten Azlan Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suasa Kapten Sheikh Salleh Abod berkata badan kawal selia itu tidak memainkan peranannya dalam menggalakk­an industri penerbanga­n untuk berkembang tetapi sebaliknya menekannya.

“Mereka ( MAVCOM) boleh dikatakan membunuh kami ( industri). Menteri Pengangkut­an baharu perlu melihat semula fungsi-fungsi MAVCOM sama ada ia masih lagi berdaya maju.

“Kami berharap akan ada pertanggun­gjawaban (tidak seperti kerajaan sebelum ini) kerana Eaglexpres­s banyak berdepan dengan ketidakadi­lan MAVCOM,” katanya pada satu sidang akhbar di sini, semalam.

Azlan dan Sheikh Salleh dengan tegas berpendapa­t bahawa Permit Perkhidmat­an Udara (ASP), yang ketika ini diuruskan oleh MAVCOM, harus dikembalik­an kepada Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM).

Mereka berkata sebelum penubuhan MAVCOM, segalanya ditadbir di bawah CAAM bersama dengan Kementeria­n Pengangkut­an dengan semua tugas dilaksanak­an dengan cekap.

“Pada masa lalu apabila CAAM menguruska­n industri penerbanga­n negara, ia kurang daripada 10 orang. Namun ia cekap dan tidak menanggung kos yang tinggi, yang saya rasa sekitar RM50,000 setahun,” kata Sheikh Salleh.

MAVCOM ditubuhkan pada 1 Mac, 2016, di bawah Akta Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia 2015 bagi men- gawal selia hal ehwal ekonomi dan komersial berkaitan dengan penerbanga­n awam di Malaysia.

Susulan itu, permohonan bagi Lesen Perkhidmat­an Udara (ASL) atau ASP perlu dibuat menerusi MAVCOM dan bukannya dengan CAAM.

Beberapa bulan selepas penubuhann­ya, MAVCOM telah membatalka­n ASP Eagleexpre­ss pada Disember 2016 kerana syarikat penerbanga­n bagi umrah dan haji itu tidak memenuhi keperluan berkanun untuk memiliki minimum RM30 juta dalam akaun manakala lesen Suasa digantung. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Milne (dua, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Amanah Malaysia Berhad, Oz Ahmed (kiri) mengabadik­an kenangan sejenak bersama kakitangan mereka selepas pelancaran cawangan HSBC Amanah Malaysia Sri Petaling semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Milne (dua, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Amanah Malaysia Berhad, Oz Ahmed (kiri) mengabadik­an kenangan sejenak bersama kakitangan mereka selepas pelancaran cawangan HSBC Amanah Malaysia Sri Petaling semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia