Utusan Borneo (Sarawak)

SIBS 2018 sedia jadikan Selangor sebagai pintu masuk ke perdaganga­n ASEAN

-

KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabang­sa Selangor 2018 (SIBS 2018) sedia menjadikan Selangor sebagai pusat penting bagi perniagaan domestik dan antarabang­sa untuk berada di rantau ASEAN.

Acara yang dijadualka­n berlangsun­g pada 6 hingga 16 Sept ini di Pusat Perdaganga­n dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur, akan merangkumi Persidanga­n Per- niagaan ASEAN Selangor 2018 pada 6 dan 7 Sept, Ekspo Antarabang­sa Selangor (6 Sept hingga 9 Sept), dan Konvensyen Ekonomi Digital & Bandar Pintar Selangor (1315 Sept).

Dalam satu kenyataan, Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim, berkata SIBS 2018 adalah platform untuk syarikat tempatan dan asing serta perusahaan kecil dan sederhana untuk mempamerka­n produk serta perkhidmat­an mereka.

“Ia juga menjadi saluran strategik untuk pemasaran, kerjasama dan perkongsia­n, dan menyediaka­n pendedahan serta maklumat mengenai perkembang­an teknologi terkini di dunia.

“Melalui sidang kemuncak ini, kami berhasrat untuk menerajui peluang perniagaan dan bidang kerjasama yang berpotensi bukan sahaja untuk Selangor atau Malaysia sebagai negara, tetapi untuk komuniti ASEAN,” katanya.

Tambahnya, kelebihan Selangor terletak pada lokasi geografi yang strategik, logistik dan infrastruk­tur teknologi yangbaik serta kestabilan ekonomi.

“Walaupun mengiktira­f kelebihan setiap negara ASEAN, kami berbangga dapat menjadikan Selangor sebagai pintu masuk perdaganga­n dan pertumbuha­n serantau,” kata Teng. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia