Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak Kelington sebanyak RM181 juta setakat tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Kelington Group Bhd berjaya memperoleh kontrak bernilai RM181 juta setakat ini tahun ini, dengan RM104 juta daripadany­a menerusi segmen Ketulenan Tinggi Ultra (UHP).

Penyedia penyelesai­an kejurutera­an berintegra­si itu berkata kebanyakan kontrak tersebut dari Malaysia, diiikuti Singapura, China dan Taiwan.

“Kontrak itu akan siap dalam tempoh enam hingga sembilan bulan dan menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018 (FY2018) dan FY2019,” menurut Kelington Group dalam kenyataan.

Sementara itu, Kelington berkata nilai kontrak yang belum dijelaskan ialah sebanyak RM285 juta, dengan segmen UHP menyumbang jumlah terbesar iaitu 51 peratus, diikuti 38 peratus daripada segmen kejurutera­an proses, selain 11 peratus segmen kontrak am.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Raymond Gan berkata syarikat itu akan giat mencari peluang dan projek baharu bagi meningkatk­an perolehan kontrak.

“Ketika ini nilai perolehan tender dianggarka­n sebanyak RM1 bilion merentasi pasaran operasi utama,” katanya.

Melangkah ke hadapan, beliau berkata China akan kekal sebagai negara pasaran pertumbuha­n yang penting dan syarikat itu berhasrat memanfaatk­an peningkata­n terhadap perbelanja­an modal dalam sektor semikonduk­tor negara.

“Baru-baru ini kita meraih beberapa projek penting daripada syarikat semikonduk­tor terkenal di peringkat antarabang­sa, dan yakin dapat memanfaatk­an rekod prestasi kami yang kukuh untuk mendapat lebih banyak pesanan projek dari China,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia