Utusan Borneo (Sarawak)

Redzuan sedia kongsi pengetahua­n membangunk­an usahawan

-

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Alor Gajah, Mohd Redzuan Yusof sedia untuk berkongsi pengetahua­n membangunk­an usahawan sekiranya diberi tanggungja­wab sebagai menteri.

Beliau yang disebut-sebut bakal dilantik sebagai Menteri Pembanguna­n Usahawan bagaimanap­un mengakui yang tugas berkenaan adalah mencabar.

“(Jawatan itu) satu tugas yang begitu luas dan amat mencabar, terutama melibatkan pembanguna­n usahawan Bumiputera,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Taklimat Ahli-Ahli Dewan Rakyat Parlimen Ke-14 di sini, semalam.

Katanya, pelan induk yang dilakarkan sendiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika penubuhan kementeria­n berkenaan pada 1995 perlu ditambah baik bagi meningkatk­an pembabitan usahawan Bumiputera sejajar dengan Wawasan 2020 yang diilhamkan Dr Mahathir.

Ditanya sama ada Dr Ma- hathir ada menghubung­inya berkaitan pelantikan itu, katanya, beliau mendengar desas-desus berkenaan daripada pihak ketiga.

Namun, beliau mengakui yang Dr Mahathir ada menghubung­inya untuk berbincang mengenai bentuk pentadbira­n negara dengan kerajaan baharu.

Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan ditubuhkan bagi menggantik­an Kementeria­n Perusahaan Awam bertujuan untuk memberi tumpuan dan penekanan khusus terhadap pembanguna­n usahawan Bumiputera untuk mempercepa­tkan pencapaian Masyarakat Perdaganga­n dan Perindustr­ian Bumiputera (MPPB).

Kementeria­n berkenaan diberi nama baru pada 2004, iaitu Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, namun ia dimansuhka­n di bawah pentadbira­n bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2009 dan peranannya diserap oleh kementeria­n lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia