Utusan Borneo (Sarawak)

PayrollPan­da peroleh RM2.8 juta biaya awal

-

KUALA LUMPUR: PayrollPan­da Sdn Bhd (PayrollPan­da), pembekal perisian sumber manusia dan gaji yang disasar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia, semalam mengumumka­n telah memperoleh RM2.8 juta ( AS$ 700,000) pembiayaan awal (AS$1 = RM4.0).

Kebanyakan pelaburan berkenaan dibuat oleh firma pelaburan milik dua keluarga yang berpangkal­an di United Kingdom dan Arab Saudi, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Ia berkata PayrollPan­da merancang pelancaran peringkat serantau di masa hadapan namun ketika ini memberi tumpuan kepada perkembang­an di Malaysia sehingga sekurang-kurangnya awal 2019.

Pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PayrollPan­da, Toine Vaessen, berkata beliau yakin syarikat dapat mencapai sasaran 20,000 pelanggan di Malaysia dalam tempoh lima tahun.

“Adalah baik untuk melihat PKS Malaysia menggunaka­n teknologi awan. Selain men- jimatkan masa dan mematuhi undang-undang, kami membuat pembayaran gaji lebih mudah.

“Dana pembiayaan baru ini membolehka­n kami meningkatk­an lagi produk dan menumpukan pada automasi sumber manusia mengikut masa dan kehadiran, automasi tuntutan dan banyak lagi,” katanya.

Vaessen berkata PayrollPan­da turut merancang untuk menggandak­an pasukannya kepada kira-kira 40 orang kakitangan menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Naib Presiden Pembanguna­n Ekosistem Pertumbuha­n untuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Norhizam Kadir berkata: “Kami amat teruja melihat daya tarikan PayrollPan­da di mana ia mengesahka­n status Malaysia sebagai hos kepada usahawan besar yang merupakan tulang belakang ekosistem syarikat-syarikat permulaan.

“MDEC komited untuk terus membina ekosistem Malaysia dengan meletakkan infrastruk­tur, peraturan dan rangkaian perniagaan yang sesuai untuk dimanfaatk­an oleh syarikat-syarikat permulaan dan pembina usaha teroka,” tambah beliau. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Sebahagian daripada ahli kumpulan PayrollPan­da bergambar semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Sebahagian daripada ahli kumpulan PayrollPan­da bergambar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia