Utusan Borneo (Sarawak)

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI GAWAI ANJURAN SMEP MERIAH

- Oleh Jude Toyat

MAJLIS rumah terbuka dan makan malam sem- pena Hari Gawai anjuran Shell Malaysia Eksplorasi dan Pengeluara­n (SMEP) di Kelab Rekreasi Petro- leum Lutong telah berlangsun­g dengan meriah, baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri lebih 800 kakitangan, ahli keluarga dan tetamu undangan dimeriahka­n dengan pelbagai persembaha­n seperti nyanyian dan tarian tradisiona­l pelbagai suku kaum di Sarawak.

Antara yang hadir termasukla­h Pengarah Urusan Sarawak Shell Berhad merangkap Naib Presiden Shell Malaysia Upstream Simon Durkin dan isteri Liz Durkin, Pengurus Besar Aset Sarawak Shell Malaysia Jill Chieng, Pengurus Besar Sabah Shell Petroleum Company Prithipal Singh dan ahli-ahli Shell Leadership Team.

Simon, dalam ucapannya berkata, majlis bertujuan meraikan Hari Gawai yang disambut pada bulan Jun setiap tahun.

Katanya, majlis juga bertujuan merapatkan hubungan antara kaki- tangan dan berkongsi pengalaman Hari Gawai yang turut mempamerka­n kepelbagai­an budaya dalam kalangan pelbagai komuniti di Sarawak kepada pengunjung antarabang­sa termasuk dari Jerman, Australia dan England.

“Kami di sini untuk meraikan aspek unik Sarawak. Selain menyatukan rakyat pelbagai suku kaum, majlis ini menjadi platform bagi kita untuk meraikan aspek budaya dan tradisi yang indah,” katanya.

Simon menegaskan bahawa Hari Gawai, seperti sambutan lain termasuk Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas adalah masa bagi rakyat untuk berkongsi semangat kegembiraa­n dan kebahagiaa­n.

“Ini harus dipelihara kerana ia juga merupakan satu kesempatan bagi kita untuk bertemu dan saling mengunjung­i. Ini juga membolehka­n kita lebih memahami adat dan tradisi masing-masing serta mengukuhka­n perpaduan antara kita,” kata beliau.

Simon turut mengucapka­n terima kasih kepada para hadirin atas sokongan dan kejayaan berterusan yang dibawa kepada mereka selama ini.

Para tetamu turut berpeluang menjamu hidangan tempatan termasuk ayam pansuh dan umai pada acara yang turut dimeriahka­n dengan upacara miring dan ‘ngiling tikai’ bagi menandakan berakhirny­a sambutan Hari Gawai.

 ??  ??
 ??  ?? ADAT: Dana memulakan acara ‘Netas Ranyai’ di atas pentas sebelum tetamu kehormat yang lain turut MERIAH: Sebahagian daripada tetamu yang menghadiri majlis rumah terbuka sambutan Hari Gawai anjuran SMEP di Kelab Rekreasi Petroleum Lutong, baru-baru ini.
ADAT: Dana memulakan acara ‘Netas Ranyai’ di atas pentas sebelum tetamu kehormat yang lain turut MERIAH: Sebahagian daripada tetamu yang menghadiri majlis rumah terbuka sambutan Hari Gawai anjuran SMEP di Kelab Rekreasi Petroleum Lutong, baru-baru ini.
 ??  ?? KETUA MAJLIS: Dana Empading selaku tuai rumah majlis tersebut mengetuai para tetamu dalam persembaha­n tarian poco-poco.
KETUA MAJLIS: Dana Empading selaku tuai rumah majlis tersebut mengetuai para tetamu dalam persembaha­n tarian poco-poco.
 ??  ?? PENUTUP: Simon (dua kanan) bersama Jill di kiri beliau dan Prithipal di kanan beliau melipat tikar semasa upacara ngiling tikai.
PENUTUP: Simon (dua kanan) bersama Jill di kiri beliau dan Prithipal di kanan beliau melipat tikar semasa upacara ngiling tikai.
 ??  ?? KONGSI KEGEMBIRAA­N: Simon menyampaik­an ucapan beliau sementara para tetamu jemputan lain duduk di atas pentas bagi mempamerka­n sokongan mereka untuk majlis tersebut.
KONGSI KEGEMBIRAA­N: Simon menyampaik­an ucapan beliau sementara para tetamu jemputan lain duduk di atas pentas bagi mempamerka­n sokongan mereka untuk majlis tersebut.
 ??  ?? SELAMI BUDAYA: Liz Durkin berkesempa­tan menonjolka­n bakat tarian beliau bersama beberapa orang penari pada majlis tersebut.
SELAMI BUDAYA: Liz Durkin berkesempa­tan menonjolka­n bakat tarian beliau bersama beberapa orang penari pada majlis tersebut.
 ??  ?? WARISAN: Tarian ngajat daripada suku kaum Iban turut dipersemba­hkan pada majlis rumah terbuka dan makan malam anjuran SMEP.
WARISAN: Tarian ngajat daripada suku kaum Iban turut dipersemba­hkan pada majlis rumah terbuka dan makan malam anjuran SMEP.
 ??  ?? SANTAI: The Camouflage Band turut menghiburk­an para tetamu majlis rumah terbuka dan makan malam anjuran SMEP.
SANTAI: The Camouflage Band turut menghiburk­an para tetamu majlis rumah terbuka dan makan malam anjuran SMEP.
 ??  ?? SENI ETNIK: Persembaha­n tarian Rejang Beuh daripada suku kaum Bidayuh turut menyerikan majlis.
SENI ETNIK: Persembaha­n tarian Rejang Beuh daripada suku kaum Bidayuh turut menyerikan majlis.
 ??  ?? PELAJARI TRADISI: Simon antara tetamu kehormat yang memulakan sesi ‘Netas Ranyai’.
PELAJARI TRADISI: Simon antara tetamu kehormat yang memulakan sesi ‘Netas Ranyai’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia