Utusan Borneo (Sarawak)

BOLING SARAWAK DAPAT SENTUHAN PAKAR

Paul Delaney kembali untuk mengadakan bengkel sebagai persiapan skuad ke SUKMA Perak 2018

- Oleh Harry Ilias

Saya sering mengikuti perkembang­an di Sarawak kerana saya mempunyai hubungan baik dengan Ketua Jurulatih Jackson Ting dan Naib Presiden ABAS Robert Lu. Paul Delaney Pakar tenpin boling

KUCHING: Pakar dalam sukan tenpin boling, Paul Delaney menambah tonik kepada persiapan atlet Sarawak untuk menghadapi SUKMA Perak 2018 yang dijadual berlangsun­g pada September depan.

Penasihat teknikal yang menjadi tulang belakang kejayaan skuad boling Sarawak pada SUKMA 2014 (Perlis) dan 2016 (Sarawak) kembali di sini bagi mengadakan bengkel boling yang diadakan dari 10 hingga 19 Jun 2018 di Megalanes Sarawak, Batu Kawa.

Bengkel selama 10 hari tersebut disertai atlet elit SUKMA, pelapis dan atlet pembanguna­n.

Pakar dari Australia itu berkata, walaupun penglibata­nnya dalam skuad Sarawak hanya kecil, namun ia mampu membawa perubahan besar kepada pencapaian atlet baik di SUKMA mahupun pada kejohanan antarabang­sa.

Pernah berkongsi kepakaran di Las Vegas, Amerika Syarikat, Paul membawa bersamanya ideologi dan cara latihan terkini yang boleh dimanfaat oleh skuad Sarawak.

“Saya sangat gembira dapat kembali semula ke Sarawak untuk membantu atlet boling.

“Saya sering mengikuti perkembang­an di Sarawak kerana saya mempunyai hubungan baik dengan Ketua Jurulatih Jackson Ting dan Naib Presiden ABAS Robert Lu,” katanya semalam.

Menurut Paul, Sarawak bakal berdepan cabaran sengit di Perak dan mereka telah bersedia untuk menghadapi­nya.

Tegasnya, untuk Sarawak mengekalka­n kejuraan di Perak atlet perlu memenangi sekurang-kurangnya enam pingat emas.

Walaupun Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS) hanya menyasarka­n tiga pingat emas, namun Jackson secara peribadi percaya atletnya mampu menyumbang lebih daripada sasaran tersebut.

“Kita akan menghantar enam atlet lelaki dan enam wanita dan saya percaya ia akan sukar kerana kita akan berentap di Perak.

“Pada SUKMA di Sarawak, kita berjaya menyapu bersih 11 pingat emas dan menggunaka­n sepenuhnya kelebihan bermain di tempat sendiri. Namun kali ini ia agak berbeza,” jelas Jackson.

Sementara itu, Robert berkata, atlet elit boling telah dan akan mengikuti lebih banyak latihan pendedahan baik di peringkat tempatan mahupun antarabang­sa.

Menurutnya, atlet wanita telah menyertai Terbuka Singapura baru-baru ini dan berjaya meraih satu emas, satu perak dan satu gangsa.

Emas dimenangi Nur Aina Kamalia Abdul Ayub dan kategori wanita manakala Nur Hazirah Ramli menggondol perak (Perempuan Bawah 15 Tahun) dan Gordon Tsen meraih gangsa (Lelaki Bawah 15 Tahun).

Atlet lelaki pula dijadual beraksi di Terbuka Hong Kong pada minggu ini.

“Dua daripada atlet bayangan SUKMA, Gillian Lim dan Brandon Ting sedang menyertai skuad kebangsaan untuk menghadapa­i Kejohanan Boling Remaja Dunia di Detroit, Amerika Syarikat pada 24 Julai hingga 3 Ogos.

“Kita akan menyertai Piala Musim Panas Storm U22 yang akan diadakan di Fukuoka, Jepun pada awal Ogos yang menjadi pendedahan terakhir,” tambah Robert lagi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERKONGSI ILMU: Delaney memberi tips kepada atlet boling semasa bengkel di Megalanes Sarawak, Batu Kawa baru-baru ini.
BERKONGSI ILMU: Delaney memberi tips kepada atlet boling semasa bengkel di Megalanes Sarawak, Batu Kawa baru-baru ini.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Pemain bergambar beramai-ramai selepas majlis penyampaia­n hadiah.
UNTUK ALBUM: Pemain bergambar beramai-ramai selepas majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia