Utusan Borneo (Sarawak)

FTIsland, Exid, Monsta X di Festival Muzik K-Wave 3, 18 Ogos

-

SAMBUTAN hangat peminat terhadap dua siri konsert Festival Muzik K-Wave yang lalu telah mengukuhka­n kedudukan Malaysia sebagai salah satu negara wajib untuk penyanyi dari Korea Selatan membuat persembaha­n di atas satu pentas yang sama.

Tujuh bulan selepas edisi kedua, Festival Muzik K-WAVE 3 dibawakan khas oleh Mcalls anjuran MacpiePro dengan kerjasama MSR kini kembali memeriahka­n industri hiburan tempatan.

Barisan artis popular seperti FTISLAND, EXID, MONSTA X, AOA, Jeong Sewoon, WJSN dan BOYFRIEND akan mencetuska­n gelombang pada edisi kali ini yang akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18hb Ogos 2018 jam 8 malam.

Menarik pada edisi ketiga ini selepas dua tahun berturut-turut diadakan di tempat terbuka, penganjur memilih untuk mengadakan­nya di stadium tertutup sekali gus memberi peluang lebih eksklusif kepada peminat untuk melihat idola mereka beraksi di atas pentas.

Lebih istimewa, peminat K-pop yang berusia antara 15-17 tahun (lahir pada tahun 2001 hingga 2003) berpeluang untuk menyaksika­n konsert itu dengan tiket yang berharga RM34.

Kelompok yang sama serta pengguna Mcalls diberi keistimewa­an untuk menyaksika­n konsert itu hampir percuma iaitu hanya dengan menebus Pakej Masuk, iaitu dengan cara membayar hanya wang pemprosesa­n sebanyak RM4.

Pakej Masuk ke festival berkenaan merangkumi (tiket konsert + yuran pemprosesa­n + Sim Pek Mcalls Y33) yang menawarkan harga antara RM34 hingga RM498. Jualan untuk orang ramai akan bermula pada 1 Julai ini. jam 12 tengah hari.

Sementara itu, pengguna Mcalls pula diberi keutamaan untuk membeli Pakej Masuk dua hari lebih awal berbanding pembeli lain iaitu pada 29 dan 30 Jun. Semua Pakej Masuk boleh didapati dengan melayari laman web www. mcalls.asia/ kwave3. Sila semak laman Facebook MacpiePro di @ MacpiePro ataupun melayari laman web rasmi www .macpiepro. com untuk maklumat lanjut Festival Muzik KWAVE 3 yang dibawakan khas oleh Mcalls ini.

 ??  ??
 ??  ?? FTISLAND
FTISLAND
 ??  ?? MONSTA X
MONSTA X
 ??  ?? EXID
EXID
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia