Utusan Borneo (Sarawak)

Colombia perhebat usaha musnah tanaman koka

Umum penyembura­n udara ‘glyphosate’ diteruskan bagi tangani peningkata­n dalam pengeluara­n kokain

-

BOGOTA: Colombia akan meneruskan penyembura­n udara ke atas ladang penanaman koka dengan racun tanaman ‘glyphosate’bagi menangani rekod peningkata­n dalam pengeluara­n tanaman kokain, umum Presiden Juan Manuel Santos kelmarin.

Santos, yang akan meletakkan jawatan pada hujung penggal beliau pada Ogos depan, menyatakan menteri kesihatan dan alam sekitar telah meluluskan rancangan juruterban­g untuk meneruskan penyembura­n dengan racun tanaman.

Colombia, pengeluar terbesar kokain di dunia, menghentik­an penyembura­n udara pada 2015 disebabkan oleh masalah kesihatan, namun berdepan dengan banyak tekanan daripada Amerika Syarikat ( AS) agar menangani rekod pengeluara­n koka.

Santos, yang menyerahka­n tugas kepada penggantin­ya dari sayap kanan tegar Ivan Duque, berkata penyembura­n akan dilakukan oleh dron pada altitud yang lebih rendah dengan campuran ‘ glyphosate’ yang kurang 50 peratus daripada jumlah digunakan sebelum ini ketika penyembura­n meningkatk­an kebimbanga­n mengenai kanser.

Pengumuman Colombia muncul sehari selepas Pejabat Kawalan Dadah Negara AS (ONDCP) melaporkan kawasan di bawah penanaman koka di Colombia telah berkembang sebanyak 11 peratus kepada 290,000 hektar, paras paling tinggi dalam sejarahnya.

Ia menyatakan pengeluara­n kokain telah meningkat sebanyak 19 peratus.

“Pesanan daripada Presiden (Donald) Trump adalah jelas: peningkata­n rekod pengeluara­n kokain perlu dikurangka­n,” tegas timbalan pengarah Jim Carroll.

Kerajaan AS menggunaka­n penyembura­n udara selama tempoh 15 tahun dalam usaha untuk menangani pengedaran dadah dan merupakan negara terakhir di dunia yang menangguhk­annya untuk cara manual selepas keputusan Mahkamah Perlembaga­an pada 2015 bahawa ia berbahaya kepada kesihatan.

Menggunaka­n dron berbanding pesawat akan menghalang pencemaran bawaan udara dari ‘glyphosate’ dan menyebabka­n kerosakan terhadap tanaman dan penduduk, menurut Santos.

“Ia adalah sama dengan apa yang kita telah lakukan, dengan pihak pemusnah membawa sebuah tangki di bahu mereka menyembur tanah,” Santos memberitah­u Majlis Kebangsaan bagi Dadah Narkotik, yang mengemukak­an langkah baharu itu.

Peladang mendakwa tanaman mereka yang sah dari segi undang- undang termasuk kawasan tadahan air telah terjejas akibat penyembura­n udara, dan pihak Colombia bersetuju memberi pampasan kepada negara jiran Ecuador pada 2013 bagi pembunuhan serangga dengan asap di kawasan sempadan yang dikatakan memusnahka­n tanaman, membunuh ternakan dan menyebabka­n peladang luar bandar mengalami penyakit.

Di AS, seorang penduduk California yang sedang nazak akibat penyakit kanser telah menyaman syarikat gergasi bahan kimia pertanian AS Monsanto dalam perbicaraa­n pertama seumpamany­a, mendakwa racun rumput- nya yang terkenal Roundup – bahan utamanya adalah glyphosate – telah menyebabka­n penyakitny­a.

Santos berkata traktor besar jenis “Caterpilla­r” juga akan digunakan untuk memusnahka­n tanaman, yang sering dilindungi oleh pengedar dadah menggunaka­n periuk api dan penembak tepat.

AS telah menuding kepada peningkata­n dalam penggunaan kokain yang menurutnya dikaitkan dengan pengeluara­n yang bertambah di Colombia.

“Ia adalah satu masalah dan kami perlu hadapinya, maka kami telah melakukan ini sejak 20 tahun lepas,” duta AS ke Colombia Kevin Whitaker memberitah­u radio FM kelmarin.

Beliau berkata pihak AS tidak mempunyai pengalaman dalam penggunaan dron untuk menangani pengeluara­n koka.

“Saya berharap ia akan membuahkan hasil,” ujarnya.

Santos tidak menyatakan bila penyembura­n koka akan dilakukan, walaupun Menteri Pertahanan Luis Carlos Villegas pada awal minggu ini berkata beliau menjangkak­an ia akan dimulakan semalam.

Colombia telah mengaitkan peningkata­n dalam perladanga­n koka dengan penangguha­n penyembura­n.

Santos menandatan­gani perjanjian damai bersejarah dengan bekas pemberonta­k FARC pada 2016, yang kebanyakan­nya mengawal kawasan pengeluara­n koka. Namun perjanjian, dan usaha tanaman tambahan, telah gagal untuk menghentik­an pengeluara­n.

Washington dan Bogota turut bersetuju pada Mac berhubung rancangan untuk mengurangk­an kepada separuh kawasan penanaman koka dalam tempoh lima tahun.

“Ia adalah satu perjuangan bukan hanya untuk Colombia sahaja, ia juga merupakan tanggungja­wab seluruh dunia, ujar Santos.

Kerajaan pada mulanya menggunaka­n penyembura­n racun manual dengan ‘ glyphosate’ pada Januari 2017, diikuti dengan satu skim peneraju yang membentuk protokol alam sekitar dan kesihatan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PERHEBAT USAHA: Gambar serahan Pejabat Presiden Colombia menunjukka­n Santos (tengah) bermesyuar­at dengan pegawai Majlis Kebangsaan bagi Dadah Narkotik di Istana Narino di Bogota, Colombia kelmarin.
— Gambar AFP PERHEBAT USAHA: Gambar serahan Pejabat Presiden Colombia menunjukka­n Santos (tengah) bermesyuar­at dengan pegawai Majlis Kebangsaan bagi Dadah Narkotik di Istana Narino di Bogota, Colombia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia