Utusan Borneo (Sarawak)

13% bangunan belum miliki FC

Setakat ini JBPM keluar 449 sijil FC kepada pemilik bangunan berisiko tinggi berdepan kes kebakaran

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sebanyak 13 peratus daripada 515 premis bangunan di Sarawak belum memiliki sijil perakuan bomba (FC) bagi memastikan pemilik menubuhkan pasukan Emergeny Response Team ( ERT) masing-masing.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Negeri Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata, setakat ini jabatan telah mengeluark­an 449 sijil FC kepada pemilik bangunan yang berisiko tinggi berdepan kes kebakaran.

Menurutnya, adalah menjadi kesalahan serius apabila sesebuah bangunan itu tidak mempunyai sijil perakuan tersebut.

“JBPM telah mengeluark­an sijil FC kepada 449 premis daripada 515 di Sarawak

JBPM telah mengeluark­an sijil FC kepada 449 premis daripada 515 di Sarawak manakala selebihnya belum lagi memohon.

manakala selebihnya belum lagi memohon.

“Justeru, pemilik yang belum mempunyai sijil perakuan bomba akan berdepan tindakan undang- undang andai mereka masih gagal membuat permohonan selepas tempoh tertentu,” tegas Nor Hisham ketika ditemui semasa menghadiri Program Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan ERT di sini, semalam.

Bercakap lanjut, beliau berkata pada tahun ini, jabatan telah membawa empat kes ke mahkamah kerana ingkar dalam memenuhi keperluan itu.

“Keputusann­ya, kita memenangi kesemua kes dan menuntut agar pemilik premis memohon sijil tersebut dalam usaha membudayak­an keselamata­n di premis masing-masing,” katanya.

Menurutnya, sijil itu penting untuk membolehka­n pemilik premis menubuhkan ERT yang berperanan sebagai penggerak pertama yang ber- tindak awal dalam mengawal kebakaran dan kecemasan lain selain memastikan sistem kebombaan premis berada pada tahap baik.

Dalam pada itu, berhubung keupayaan penghuni memadam kebakaran, Nor Hisham mengucapka­n syabas dan tahniah kepada 90 premis di negeri ini pada tahun lalu yang telah berjaya memadamkan kebakaran dengan menggunaka­n alat pemadam api.

“Dari segi kerugian dalam 90 premis terbabit, sebanyak RM1.03 juta dicatatkan tetapi jumlah yang berjaya diselamatk­an berikutan tindakan awal penghuni ialah RM17.8 juta.

“Jadi nilai ( harta benda yang diselamatk­an) ini yang tinggi dan sebab itu kita memberi penekanan kepada perlunya premis mempunyai pasukan ERT.

“Dan alhmadulil­lah tahun

Nor Hisham Mohammad Pengarah JBPM Negeri Sarawak

ini, kita juga merekodkan di mana, ada 34 kes kebakaran berjaya dipadamkan oleh penghuni menggunaka­n alat pemadam api dengan jumlah harta benda yang berjaya di- selamatkan sebanyak RM10.4 juta berbanding kerugian sebanyak RM656,000,” jelasnya.

Tambah beliau, bagi memastikan pasukan ERT terus mengecapi kejayaan seumpama ini, maka itu antara faktor utama mengapa JBPM mengadakan Program Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan ERT dalam usaha memastikan mereka sentiasa bersiap sedia.

Terdahulu, sebanyak 260 peserta membabitka­n 24 pasukan ERT daripada pelbagai agensi swasta dan kerajaan menyertai program tersebut yang dilaksanak­an dalam bentuk pertanding­an.

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Nor Hisham bergambar kenangan bersama para peserta yang menyertai Program Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan ERT 2018 di Kuching, semalam.
UNTUK ALBUM: Nor Hisham bergambar kenangan bersama para peserta yang menyertai Program Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan ERT 2018 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia