Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki pecah masuk kedai makan dicekup

Identitiny­a dikenal pasti selepas kelibatnya dirakam CCTV yang dipasang di kedai itu

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Tindakan seorang lelaki memecah masuk sebuah kedai makan di bandar ini terbongkar selepas kelibatnya berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai itu dalam kejadian Jumaat lepas.

Suspek, 36, yang berasal dari Lawas, ditahan jam 12.10 tengah hari di sebuah bilik sewanya selepas polis berjaya mengenal pasti identitiny­a berdasarka­n rakaman CCTV terbabit.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, kejadian disedari pemilik kedai itu yang mendapati wang berjumlah RM100 dalam mesin wang hilang.

“Setelah melihat rakaman semula CCTV di restoran itu, mangsa, seorang wanita, 38, mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali telah masuk

Suami mangsa, 48, yang juga tidak mengenali suspek kemudianny­a datang ke balai polis membuat laporan berkenaan kejadian. Superinten­den Mohd Bukhori Saffai Ketua Polis Daerah Limbang

melalui pintu belakang dan mengambil wang di dalam mesin wang tersebut.

“Suami mangsa, 48, yang juga tidak mengenali suspek kemudianny­a datang ke balai polis membuat laporan berkenaan kejadian,” katanya semalam.

Susulan laporan polis itu, polis berjaya menjejaki dan menangkap suspek untuk siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, dua lelaki dicekup selepas berada dalam pengaruh dadah ketika dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJN) Daerah Limbang di sini petang kelmarin.

Kedua- dua suspek yang masing-masing berusia 35 dan 28 tahun kemudian ditahan jam 3.40 petang.

Mohd Bukhori berkata, kedua-dua suspek yang juga penganggur itu juga positif dadah jenis Methapheta­mine dan Amphethami­ne hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan ke atas mereka.

“Kedua-dua suspek ditahan untuk tempoh 24 jam bagi melengkapk­an kertas siasatan atas kesalahan narkotik di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952,” katanya lagi.

 ??  ?? TERBONGKAR: Kelibat suspek yang memecah masuk sebuah kedai makan berjaya dirakam dalam CCTV kedai terbabit Jumaat lepas.
TERBONGKAR: Kelibat suspek yang memecah masuk sebuah kedai makan berjaya dirakam dalam CCTV kedai terbabit Jumaat lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia