Utusan Borneo (Sarawak)

260 sertai Program Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan ERT 2018

-

KUCHING: Seramai 260 peserta membabitka­n 24 pasukan Emergency Response Team (ERT) daripada pelbagai agensi swasta dan kerajaan di negeri ini menyertai Program Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan Emergency Response Team (ERT) 2018.

Program yang dilaksanak­an dalam bentuk pertanding­an itu merupakan anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Negeri Sarawak dalam usaha membudayak­an keselamata­n daripada kalangan penghuni premis terbabit.

Berlangsun­g di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak di sini semalam, pertanding­an itu dirasmikan oleh Pengarahny­a Nor Hisham Mohammad.

Antara premis atau syarikat yang mengambil bahagian termasuk TH Pelita Gedong Sdn Bhd, Serian Palm Oil Mill Sdn Bhd, MASRANTI Palm Oil Sdn Bhd, TAIYO YUDEN ( Sarawak) Sdn Bhd, UCSI Hotel, Lembaga Pelabuhan Kuching dan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak.

Sebanyak empat acara dipertandi­ngkan iaitu Kawad Operasi Peralatan Kebom- baan, Kawad ‘Fireman Lift’, Kawad ‘Iron Man ERT’ dan Kawad Campuran Basah 300 Kaki Dua Pancutan.

Nor Hisham yang ditemui berkata, objektif pertanding­an adalah untuk meningkatk­an lagi kecekapan dan kemahiran pasukan ERT sekiranya berlaku kecemasan di premis masing-masing.

“Pertanding­an ini juga merupakan salah satu daripada kaedah JBPM memperkuku­hkan pasukan keselamata­n kebakaran yang berada di bangunan-bangunan yang dikategori­kan berisiko tinggi,” katanya.

 ??  ?? BERSAING: Setiap pasukan berusaha menjadi pasukan terbaik pada Program Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan ERT 2018 di Kuching, semalam.
BERSAING: Setiap pasukan berusaha menjadi pasukan terbaik pada Program Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan ERT 2018 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia