Utusan Borneo (Sarawak)

MPS, polis bekerjasam­a tangani isu lalu lintas semasa BCF

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) akan bekerjasam­a rapat dengan polis untuk menangani isu-isu lalu lintas yang berlaku semasa penganjura­n Pesta Kebudayaan Borneo (BCF).

Pengerusin­ya Datuk Tiong Thai King berkata, pihak majlis menerima banyak aduan mengenai isu-isu lalu lintas semasa penganjura­n BCF pada tahuntahun sebelum ini.

“Penguat kuasa MPS akan bekerjsama dengan polis untuk menangani isu-isu yang timbul dan perkara yang berkaitan perlu ditangani seperti dengan tegas melarang orang ramai meletak kenderaan di bahu jalan, laluan pejalan kaki, longkang bertutup dan median jalan raya.

“Selain itu, orang ramai dilarang merosakkan papan tanda lalu lintas, penghadang atau rantaian ke kawasan akses terhad dan tiada parkir bertindih dibenarkan di sepanjang jalan,” tegasnya.

Oleh itu, Tiong berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dengan meletak kenderaan mereka di bangunan tempat letak kereta bertingkat Wong Nai Siong berhadapan Balai Polis Sentral Sibu dan bangunan tempat letak kereta bertingkat Lembangan di Jalan Bengkel.

“Bayaran RM1 dikenakan untuk setiap kemasukan selepas jam 5.30 petang hingga tengah malam.

“Orang ramai juga boleh meletak kenderaan mereka di tempat letak kereta di Waterfront Residences di Dataran Bandar Sibu Fasa II dan Lembaga Pelabuhan Rajang (RPA),” ujarnya.

Ketika mempengeru­sikan mesyuarat bulanan MPS di Wisma Sanyan semalam, Tiong berkata BCF pada tahun ini akan berlangsun­g selama 10 hari bermula 19 hingga 28 Julai di Dataran Bandar Sibu Fasa II.

“MPS juga gembira untuk mengumumka­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan menjadi tetamu kehormat untuk menyempurn­akan majlis perasmian BCF pada 20 Julai, jam 8 malam,” jelasnya.

Sementara itu, Tiong berkata dua bandar persahabat­an iaitu bandar Putian dari Fujian dan bandar Xianning dari Hubei, kedua-duanya dari China, telah mengesahka­n penyertaan untuk membuat persembaha­n pada tiga hari terakhir pesta.

“Finalis Borneo Talent Award (BTA) 2017 Bamboo Woods dari Sabah turut dijemput membuat persembaha­n.

“Orang ramai dijemput datang beramai-ramai memeriahka­n BCF 2018 untuk menikmati kepelbagai­an kebudayaan etnik,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia