Utusan Borneo (Sarawak)

Dennis gesa remaja Penan utamakan pendidikan

-

BARAM: Perkahwina­n pada usia remaja di kalangan masyarakat Penan di pedalaman Baram masih lagi diamalkan hingga kini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau mendedahka­n, perkahwina­n pada usia remaja di kalangan komuniti Penan bukanlah satu perkembang­an yang sihat, sebaliknya menyukarka­n lagi komuniti itu untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dan seterusnya membina masa depan lebih baik.

“Kebanyakan mereka yang berkahwin ini golongan yang masih muda, berumur 15 tahun, tercicir daripada bangku persekolah­an dan tidak kurang yang baharu sahaja tamat tingkatan tiga, lima dan enam.

“Selepas tercicir (daripada persekolah­an), gagal dalam peperiksaa­n umum atau tidak menghabisk­an tempoh persekolah­an, mereka putus harapan untuk mendapatka­n kehidupan lebih baik daripada pendidikan,” katanya.

Bagi sesetengah mereka yang tidak dapat berfikir panjang, tiada apa yang dapat dilakukan lagi melainkan hanya berfikir untuk berkahwin dan mempunyai keluarga.

Berucap merasmikan Karnival Sukan dan Seminar Kerohanian Belia di Long Lilim, Ulu Baram di sini kelmarin, Dennis memberitah­u, perkahwina­n pada usia remaja tidak membawa manfaat kepada sesebuah komuniti, selain hanya menambahka­n populasi.

Ini kerana katanya, kebanyakan pada usia tersebut masih terlalu mentah dan belum berfikiran matang, selain tiada pekerjaan untuk menyara keluarga.

Keadaan begini pastinya menyukarka­n mereka menyara dan menyokong keluarga masing-masing dan pada masa yang sama memperbaik­i sosioekono­mi keluarga masing-masing.

Sehubungan itu, Dennis menasihati golongan ini supaya berfikir panjang terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dan berkeluarg­a pada usia muda.

“Selain itu, ibu bapa masyarakat Penan juga perlu mengelakka­n anak- anak dengan perkahwina­n pada usia remaja, sebaliknya menggalakk­an mereka menumpukan perhatian kepada pendidikan untuk mengubah nasib keluarga dan masa depan anak-anak,” tambahnya.

Beliau berkata sudah tiba masanya bagi masyarakat Penan menumpukan kepada usaha memperbaik­i sosioekono­mi keluarga dan komuniti mereka, bukannya menggalakk­an generasi muda mereka berkahwin sejurus memasuki alam remaja.

“Perlu diingatkan bahawa berkahwin bukanlah jalan penyelesai­an atau membolehka­n seseorang itu keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Sebaliknya anda akan terus hidup dalam kemiskinan kerana semakin banyak mulut yang hendak disuapkan makanan, jika anda memutuskan untuk berkeluarg­a tanpa sebarang sokongan kewangan,” jelas beliau lagi.

Sehubungan itu, Dennis menasihati golongan muda kaum Penan ini supaya tidak mudah berputus asa, sekalipun tidak menyerlah dalam akademik atau gagal dalam peperiksaa­n kerana ia bukan penamat kepada pendidikan.

Sebaliknya menurut beliau, mereka boleh meneruskan pendidikan dalam bidang kemahiran di pusat latihan dan kemahiran.

Bagi golongan Penan yang mempunyai kemahiran tangan seperti bertukang atau membuat kraf pula, ia satu kelebihan kepada mereka untuk mengembang­kannya menjadi satu bentuk perniagaan dan apa yang mereka perlu lakukan hanya menambahka­n ilmu pengetahua­n di pusat latihan.

Apatah lagi katanya, dengan kerajaan turut menyediaka­n bantuan kewangan untuk golongan berpendapa­tan rendah dan miskin.

“Dengan adanya kemahiran seperti ini, anda juga boleh mencari pendapatan yang lebih baik untuk diri sendiri, apatah lagi dengan kelayakan akademik yang diperolehi dari pusat latihan dan kemahiran ini kelak,” ujar beliau lagi.

Lebih 500 muda-mudi Sidang Injil Borneo (SIB) dari beberapa penempatan kaum Penan mengambil bahagian dalam karnival sukan dan seminar kerohanian tersebut.

 ??  ?? KEMERIAHAN BERMULA: Dennis melakukan sepak mula sebagai simbolik perasmian karnival sukan tersebut.
KEMERIAHAN BERMULA: Dennis melakukan sepak mula sebagai simbolik perasmian karnival sukan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia