Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 50 warga emas meraikan perayaan di PPWE Miri

-

MIRI: Lebih 50 warga emas memeriahka­n sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri 2018 Pusat Perkhidmat­an Warga Emas (PPWE) Miri di sini semalam.

Sambutan anjuran PPWE itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau Datuk Sebastian Ting.

Sebastian dalam ucapan perasmiann­ya memuji usaha PPWE mempertemu­kan masyarakat warga emas yang berbilang kaum dan kepercayaa­n dalam satu majlis yang meriah.

Beliau mahu program sedemikian diteruskan dalam apa sahaja sambutan perayaan demi memupuk jalinan mesra serta mengukuhka­n semangat perpaduan khususnya dalam kalangan warga emas.

“Sesungguhn­ya setiap perayaan di Malaysia disambut bersama dan penuh harmoni, sebab itu kita juga menyokong penganjura­n rumah terbuka raya setiap tahun,” katanya.

Dalam pada itu beliau memberitah­u, Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan RM84,000 bagi menaik taraf PPWE untuk keselesaan ahli warga emas.

Pengerusi PPWE Yii Chiu Seng mengucapka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program berkenaan.

Yii juga menghargai peruntukan Kerajaan Sarawak menaik taraf infrastruk­tur PPWE untuk manfaat dan keselesaan warga emas di sini.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri Charles Balang yang mewakili ADUN Telang Usan Dennis Ngau serta pegawai agensi kerajaan.

Dennis turut mengumumka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada PPWE berjumlah RM3,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia