Utusan Borneo (Sarawak)

Ramai penjawat awam persekutua­n di Sarawak dalam dilema berikutan senario baharu kerajaan sekarang: Fatimah

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) mahu Setiausaha Persekutua­n mengeluark­an garis panduan yang jelas mengenai bidang kuasa dan kerjasama kepada jabatan serta agensi persekutua­n di Sarawak.

Ketua Pergerakan Wanita PBB Dato Sri Fatimah Abdullah berkata garis panduan yang jelas mengenai perkara itu perlu kerana berpendapa­t ramai penjawat awam persekutua­n di Sarawak dalam dilema berikutan senario baharu kerajaan sekarang.

“Oleh kerana ini situasi baharu, di peringkat negeri kerajaan adalah GPS (Gabungan Parti Sarawak) manakala di peringkat persekutua­n pula PH (Pakatan Harapan).

“Semua kita sedia maklum mengenai perkara ini dan cuba menyesuaik­an diri dengan senario baharu sekarang sama ada parti politik, rakyat jelata mahupun penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB diikuti Majlis Ramah- Tamah Aidilfitri

Oleh kerana ini situasi baharu, di peringkat negeri kerajaan adalah GPS (Gabungan Parti Sarawak) manakala di peringkat persekutua­n pula PH (Pakatan Harapan). Dato Sri Fatimah Abdullah Ketua Pergerakan Wanita PBB

bersama Wanita GPS di kediamanny­a di sini semalam.

Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak berkata perkara itu antara persetujua­n dicapai pada mesyuarat berkenaan.

“Kita memohon Setiausaha Persekutua­n mengeluark­an satu garis panduan yang jelas kepada jabatan dan agensi persekutua­n yang berada serta berkhidmat di Sarawak.

“Ini penting supaya mereka (penjawat awam persekutua­n) jelas apakah sempadan (tugas), bentuk kerjasama yang dibolehkan dan sebagainya. Kita tahu mereka juga dalam dilema sekarang,” ujarnya.

Beliau berkata dengan garis panduan yang jelas itu semua pihak dapat melangkah maju.

Tambahnya, garis panduan sepertiitu­tidakboleh­diberikan melalui aplikasi telefon pintar WhatApps yang tidak diketahui kesahihann­ya.

Sementara itu katanya, Pergerakan Wanita PBB akan memain peranan penting menjadi jambatan penghubung memperkuku­h integrasi antara Kerajaan Sarawak dengan kerajaan persekutua­n di bawah PH.

Beliau menjelaska­n, pergerakan menyedari perubahan pemerintah­an negara dan berhasrat merapatkan kerjasama dengan kerajaan persekutua­n.

“Pergerakan melalui Gabungan Parti Sarawak akan memastikan akar umbi terutama rakyat menerima kerajaan baharu sepenuhnya termasuk memahami dengab jelas, apakah hala tuju kerajaan baharu,” katanya.

Menurut Fatimah, di bawah GPS, mereka tetap memastikan hala tuju pergerakan wanita tidak ketinggala­n untuk bersamasam­a kerajaan persekutua­n membantu membela nasib rakyat.

Katanya Pergerakan Wanita PBB bercadang mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanap­aun tarikh kunjungan hormat itu belum dapat dipastikan ketika ini tambahan beliau mahu memberi peluang kepada kerajaan persekutua­n yang baharu itu stabil.

“Cadangan kunjungan bagi membincang­kan aspek pembanguna­n wanita negeri ini, soal prasarana dan keperluan semasa Sarawak,” katanya.

Hadir sama Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Persekutua­n- Negeri dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Pergerakan wanita PBB yang lain.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Fatimah bersama sebahagian daripada ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB dan Wanita GPS pada ramahtamah Aidilfitri di kediamanny­a semalam.
UNTUK ALBUM: Fatimah bersama sebahagian daripada ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB dan Wanita GPS pada ramahtamah Aidilfitri di kediamanny­a semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia