Utusan Borneo (Sarawak)

MPS lancar pelan tindakan galak guna beg plastik biorosot

-

BINTULU: Majlis RamahTamah Aidilfitri yang dilangsung­kan di Kampung Kuala Tatau diadakan sederhana tetapi meriah dengan dihadiri penduduk Islam setempat di kampung berkenaan baru- baru ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip dan isteri Datin Dr Zaliha Abdullah serta anak- anak beliau.

Penghulu Rahim Shadan serta ketua- ketua kaum masyarakat setempat turut hadir pada majlis itu.

Di samping jamuan pelbagai juadah raya dan amanat daripada Talib, kanak-kanak turut menerima duit raya yang disampaika­n anak-anak Talib pada majlis tersebut. SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) akan melaksanak­an satu pelan tindakan untuk menggalakk­an penggunaan beg plastik biorosot yang mudah terurai.

Pengerusin­ya Datuk Tiong Thai King berkata, mereka juga akan memperkena­l amalan gaya hidup baharu kepada orang ramai untuk menggunaka­n beg plastik biorosot.

“Pelbagai sesi dialog dan kempen kesedaran alam sekitar seperti kempen ‘ Katakan Tidak Kepada Beg Plastik’ telah dijalankan sejak awal tahun ini.

“Saya berharap orang ramai akan terus memberi sokongan kepada kempen ini dengan menggunaka­n beg plastik biorosot dan beg kitar semula,” jelasnya.

Tiong memberitah­u, MPS akan mengadakan pertemuan dengan pemilik pasar raya dan kedai serbaneka secara kerap untuk mengenal pasti peratus kejayaan kempen bermula 1 Januari lepas.

“Notis untuk mengingatk­an orang ramai untuk tidak menggunaka­n beg plastik perlu diletakkan di kaunter pembayaran semua pasar raya dan kedai serbaneka,” ujarnya pada mesyuarat bulanan MPS di sini semalam.

 ??  ?? DENGARLAH: Talib menyampaik­an amanatnya di hadapan penduduk kampung yang hadir.
DENGARLAH: Talib menyampaik­an amanatnya di hadapan penduduk kampung yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia