Utusan Borneo (Sarawak)

Kaji terperinci dasar hanya tukang masak tempatan bekerja di restoran

-

KUCHING: Persatuan Suara Konsumer Sarawak (COVAS) menggesa Kementeria­n Sumber Manusia melakukan kajian terperinci sebelum melaksanak­an dasar hanya tukang masak tempatan sahaja bekerja di restoran mulai 1 Julai 2018.

Pengerusi COVAS Michael Tiong berkata, kajian harus dilakukan sebelum pelaksanaa­n bagi membolehka­n peralihan yang lancar agar ia tidak menjejaska­n pengguna.

“Kami mengalu- alukan inisiatif Kementeria­n Sumber Manusia dalam usaha mengutamak­an kebajikan pekerja tempatan, dengan menye- diakan lebih banyak peluang pekerjaan yang diambil oleh pekerja asing.

“Bagaimanap­un, dengan hanya meletakkan larangan menyeluruh tanpa pertimbang­an dan mempercepa­tkan pelaksanaa­n akan menyebabka­n kesan buruk.

“Ia bukan sahaja kepada industri makanan tetapi kepada pengguna,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

Menurut Tiong lagi, jangka masa yang singkat mungkin menyebabka­n tukang masak tempatan sangat dicari atau memenuhi permintaan restoran kerana mereka tiada pilihan lain.

Dengan itu, kata beliau ia akan membawa kepada gaji lebih tinggi yang mana perniagaan juga akan menggunaka­n kos berkenaan kepada pengguna dengan harga lebih tinggi.

“Di sini pengguna yang menderita pada akhirnya. Tukang masak di restoran berbeza dari gerai biasa, kerana tukang masak perlu mahir untuk mengendali­kan pelbagai hidangan.

“Adakah kita mempunyai tukang masak tempatan yang cukup bagi memenuhi permintaan mendadak ini?” soalnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia