Utusan Borneo (Sarawak)

PKR Cabang Baram terima 700 permohonan sertai PKR

-

MIRI: Sehingga semalam, PKR Cabang Baram sudah menerima 700 permohonan untuk menyertai parti itu.

Setiausaha PKR Cabang Baram Dennis Along berkata jumlah itu bagaimanap­un perlu melalui peringkat ‘ tapisan’ terlebih dahulu sebelum ia boleh diluluskan.

“Semua permohonan yang diluluskan nanti, akan melakukan simbolik penerimaan keahlian baharu secara rasmi, pada mesyuarat agung tahunan yang akan diadakan pada 25 Ogos depan,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

“Mereka yang diluluskan keahlianny­a dan diterima pada mesyuarat agung itu kelak, juga layak mengundi dan bertanding bagi manamana jawatan dalam ranting mahupun peringkat cabang,” tambahnya.

Dennisberk­atapermoho­nan untuk keahlian yang diterima pada Ogos ini kelak, sudah ditutup pada 26 Jun lalu, namun permohonan untuk menjadi ahli masih berjalan dan berlangsun­g setiap hari.

“Mereka yang berminat untuk menjadi ahli PKR terutama bagi Cabang Baram, untuk penduduk yang kawasan asal mereka dari Baram, boleh datang ke pejabat kami di Bandar Baharu Permyjaya di sini,” katanya.

Dennis turut mengakui, sejak kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, populariti PKR semakin melonjak naik, menyebabka­n ramai memohon menjadi ahli.

“Semakin ramai golongan muda khasnya daripada kumpulan umur 20-an hingga 40- an, memohon menjadi ahli PKR.

“Sambutan yang kami terima amat luar biasa selepas kejayaan PH dalam PRU yang lalu berbanding sebelum ini.

“Sebelum PRU yang lalu kami ada juga membuka p e r m o h o n a n t e t a p i sambutanny­a tidak sehangat ketika ini dan bagi pihak PKR Baram kami amat mengalu-alukan orang ramai, tanpa mengira umur asalkan berusia 18 tahun ke atas untuk menyertai PKR, terutama mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti politik,” katanya.

Bagaimanap­un menurut Dennis, bagi permohonan yang dibuat selepas tarikh 26 Jun, mereka yang diluluskan keahlianny­a dan diterima dalam PKR Baram kelak, hanya layak untuk memilih atau bertanding mana-mana jawatan dalam ranting mahupun cabang, pada mesyuarat agung bulan September, 2021 akan datang.

Mengenai mesyuarat agung yang akan berlangsun­g pada 25 Ogos depan, Dennis berkata, sebanyak 60 ranting dalam PKR Cabang Baram dijangka menghadiri mesyuarat agung itu kelak, dengan masing- masing ranting akan menghantar tiga hingga lima wakil terdiri daripada pengerusi ranting, setiausaha, bendahari, ketua wanita dan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

“Tarikh sudah kita tetapkan iaitu 25 Ogos, namun tempat dan masa akan dimaklumka­n kemudian kerana kita masih belum dapat membuat pengesahan mengenai tempat.

“Begitu juga dengan tetamu kehormat yang akan merasmikan mesyuarat ini kelak, kerana semua PKR di seluruh negara, masingmasi­ng turut mengadakan mesyuarat mereka pada atau sekitar tarikh tersebut,” tambahnya.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Dennis (kanan) bersama salah seorang kakitangan di pejabat PKR Cabang Baram menunjukka­n borang penyertaan sebagai ahli PKR yang boleh didapati di pejabat berkenaan di Bandar Baharu Permyjaya, Miri.
SERTAI KAMI: Dennis (kanan) bersama salah seorang kakitangan di pejabat PKR Cabang Baram menunjukka­n borang penyertaan sebagai ahli PKR yang boleh didapati di pejabat berkenaan di Bandar Baharu Permyjaya, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia