Utusan Borneo (Sarawak)

DAP Sibu, Sungai Merah kumpul RM57,070 untuk THM

-

SIBU: Parti Tindakan Demokratik Cawangan Sibu dan Sungai Merah berjaya mengumpul RM57,070 menerusike­mpendermau­ntuk Tabung Harapan Malaysia (THM) yang dilancarka­n pada 17 Jun lalu.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew kelmarin memasukkan sejumlah RM44,236 ke dalam akaun THM selepas menolak kos perbelanja­an untuk penganjura­n kempen berkenaan.

“Kami menyasarka­n untuk mengutip RM50,000 dan kami berjaya mencapai sasaran tersebut dalam masa 10 hari.

“Terima kasih kepada semua yang menderma dan membantu kami mencapai sasaran tersebut,” kata Ling semasa mengadakan sidang media.

Ling berkata, pihaknya terpaksa mengeluark­an perbelanja­an bagi menjayakan kempen berkenaan untuk menampung kos menyewa tempat, sepanduk, mendirikan khemah dan kos untuk menjual pelbagai jenis barangan.

Beliau turut memuji Pemuda DAP kerana menjayakan penganjura­n kempen tersebut.

Katanya, hasil kutipan tersebut akan digunakan untuk membantu kerajaan mengurangk­an hutang negara.

“Sekiranya rakyat Malaysia bersatu, saya yakin segala kesulitan yang sedang dihadapi dapat diatasi seterusnya membantu negara kembali ke landasan yang betul,” jelas beliau.

Sementara itu, pengerusi penganjura­n program tersebut Amy Lau menyifatka­n kempen yang dianjurkan tersebut berjaya.

“Kami ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang terlibat,” ujar beliau. MIRI: Peminjam pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu membayar hutang meskipun nama mereka dikeluarka­n daripada senarai hitam.

Seorang penjawat awam yang hanya dikenali sebagai Atop berkata, adalah tidak adil kepada mereka yang telah membayar hutang PTPTN setiap bulan.

“Saya juga peminjam PTPTN dan hutang perlu dibayar, jika mereka dapat melancong ke luar negara mengapa mereka tidak berkemampu­an membayar hutang,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Atop berkata, amat penting jika peminjam PTPTN membayar hutang sama ada melalui potongan gaji bulanan atau mengikut kemampuan sendiri.

“Jika peminjam tidak melunaskan hutang, maka amat sukar bagi kerajaan menyediaka­n pinjaman pendidikan kepada generasi akan datang,” katanya.

Seramai 429,945 nama peminjam PTPTN telah dikeluarka­n daripada senarai hitam Jabatan Imigresen bagi memenuhi manifesto 100 hari kerajaan pusat.

Bagi pekerja swasta Zanariah Kamri, kerajaan juga perlu memperkena­l kaedah pembayaran PTPTN lebih rendah serta menghapusk­an kos pentadbira­n.

“Kebanyakan graduan atau mereka yang sudah bekerja berpendapa­tan pada kadar bawah RM3,000 sebulan, maka amat penting kerajaan menunaikan manifesto melibatkan PTPTN,” katanya.

Zanariah berkata, pada masa sama tidak semua majikan terutama swasta berani mengambil risiko menggaji graduan dengan tawaran gaji mengikut kelulusan.

“Dengan keadaan ekonomi semasa, amat sukar majikan menggaji graduan mengikut kelulusan dan ia antara sebab peminjam tidak mampu membayar PTPTN,” jelasnya.

Bagaimanap­un tegasnya, j i ka peminjam yang berkemampu­an tetapi tidak membayar hutang PTPTN maka perlu nama mereka disenaraih­itamkan semula.

Pada masa sama, beliau memberitah­u bahawa meskipun nama dikeluarka­n dari senarai hitam Jabatan Imigresen namun ia tidak bermaksud mereka bebas dan tidak perlu membayar hutang.

 ??  ?? UNTUK NEGARA: Ling (kanan) dan Lau menunjukka­n slip bank kepada pemberita selepas memasukkan wang tersebut ke dalam akaun THM.
UNTUK NEGARA: Ling (kanan) dan Lau menunjukka­n slip bank kepada pemberita selepas memasukkan wang tersebut ke dalam akaun THM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia