Utusan Borneo (Sarawak)

Projek hibrid solar: Pengarah urusan dan peguam direman Kedua-duanya ditahan untuk siasatan membuat tuntutan palsu

-

PUTRAJAYA: Dua lelaki termasuk seorang pengarah urusan sebuah syarikat yang berpangkal­an di Bintulu direman enam hari bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan pemberian kontrak projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluark­an perintah tahanan reman terhadap pengarah urusan bersama peguam syarikat itu mulai semalam sehingga 2 Julai bagi membolehka­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) menjalanka­n siasatan.

Pengarah urusan yang berumur 59 tahun itu ditahan pada jam 5.30 petang kelmarin manakala peguam berusia 30 tahun ditahan pada jam 2.45 petang kelmarin ketika mereka hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 (a) Akta SPRM 2009 kerana membuat tuntutan palsu.

Kedua- dua lelaki yang berbaju lokap SPRM itu tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi dengan bergari.

Pada awal Jun, sebuah portal melaporkan kemungkina­n wujud penyelewen­gan dalam pemberian kontrak projek hibrid solar bernilai RM2.5 bilion di Sarawak yang didakwa diberikan melalui penganuger­ahan kontrak secara terus di bawah arahan seorang bekas pemimpin tertinggi negara.

Pemimpin berkenaan turut didakwa mengarahka­n Kementeria­n Pendidikan pada Januari tahun lepas agar melantik sebuah syarikat perniagaan kereta sewa di Bintulu bagi projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Pada 11 Jun, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, Kementeria­n Pendidikan telah memulakan proses siasatan dalaman bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam isu penyele- wengan pemberian kontrak membekal tenaga solar dan diesel di 369 sekolah di Sarawak.

Terdapat 369 sekolah di negeri itu yang tidak mempunyai bekalan elektrik tetap dan hanya menggunaka­n genset diesel untuk menjana elektrik.

Sebelum 2017, bekalan diesel kepada sekolah adalah daripada beberapa kontraktor yang dibekalkan secara kontrak.

Bermula 1 Januari 2017, sebuah syarikat yang asalnya satu daripada kontraktor terlibat, telah diberikan kontrak membekalka­n elektrik kepada semua 369 sekolah itu bagi tempoh tiga tahun sehingga 31 Disember 2019 dengan nilai ‘melebihi RM1 bilion’ termasuk Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Selain membekalka­n diesel di sekolah-sekolah pedalaman di Sarawak, syarikat itu juga memasang sistem solar hibrid dan penyelengg­araan generator di 369 sekolah pedalaman selama tiga tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIREMAN: Pengarah urusan sebuah syarikat yang berpangkal­an di Bintulu antara dua lelaki yang direman enam hari bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan pemberian kontrak projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.
— Gambar Bernama DIREMAN: Pengarah urusan sebuah syarikat yang berpangkal­an di Bintulu antara dua lelaki yang direman enam hari bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan pemberian kontrak projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia