Utusan Borneo (Sarawak)

Rogol teman wanita: Lelaki kena 12 tahun, lima sebatan

-

MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan merogol teman wanitanya yang masih di bawah umur.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Steve Ritikos setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Tertuduh, 24, dari Kampung Cina, Marudi telah didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, pada 11 September 2015, mangsa yang berusia 14 tahun ketika kejadian telah membuat laporan polis dengan mendakwa telah dirogol oleh tertuduh.

Bertindak atas maklumat diterima, pada 14 September 2015, polis berjaya menangkap tertuduh di sebuah rumah di Kampung Cina kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Hasil siasatan lanjut polis mendapati mangsa dan tertuduh berkenalan sejak April 2014 dan sering berkunjung ke rumah satu sama lain hingga menjalin hubungan cinta dan seterusnya melakukan hubungan seks beberapa kali.

Pada 11 September 2015, mangsa disahkan mengandung lima bulan oleh pihak Hospital Marudi sebelum melahirkan seorang bayi pada 7 Januari 2016.

Hasil ujian DNA ke atas sampel darah mangsa, bayi yang dilahirkan dan tertuduh menunjukka­n keputusan sepadan.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman diringanka­n memandangk­an ini adalah kesalahan pertamanya.

Terdahulu, semasa sebutan pertama kes, tertuduh telah mengaku tidak bersalah dan mahkamah menetapkan kes untuk dibicara lanjut.

Semasa perbicaraa­n berlangsun­g di mana pihak pendakwaan memanggil dua saksi untuk memberi keterangan, tertuduh kemudian memberitah­u bahawa dia hendak menukar pengakuann­ya kepada bersalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia