Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga maut di Temerloh: Pemandu treler mengaku tidak bersalah

-

TEMERLOH: Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabka­n tiga kematian, di Mentakab Ahad lepas.

A.Kumar, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz dalam bahasa Tamil.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu semasa memandu treler nombor pendaftara­n BPB5411 pada jam 9.30 pagi, 24 Jun lepas di Kilometer 149 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini.

Perbuatan tertuduh yang beralamat di Sungai Gadut, Negeri Sembilan itu didakwa menyebabka­n kematian dua beradik Khasrul Haizal Mohd Yusof, 20, dan Khasrul Ikwan, 18, serta Chua Jyh Shyong, 37.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41( 1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000, jika sabit kesalahan.

Peguam Tan Yu Tang daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon jaminan RM10,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan dikurangka­n kerana tertuduh menanggung isteri dan ibu yang tidak bekerja.

“Tertuduh bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan sebanyak RM2,500 sebulan,” katanya.

Nordiana membenarka­n jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai.

Beliau juga menetapkan 11 Julai ini bagi sebutan semula untuk tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa ASP Marina Hashim.

Pada Ahad lepas, media melaporkan tiga maut dalam kemalangan selepas sebuah treler merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Exora dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.

Khasrul Haizal dan Khasrul Ikhwan semasa itu menaiki Exora bersama enam lagi anggota keluarga mereka untuk memancing di Empangan Klau, Raub.

Chua yang merupakan pemilik syarikat teknologi maklumat (IT) dan memandu Toyota Hilux pada masa itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KE MUKA PENGADILAN: A. Kumar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh semalam atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabka­n tiga kematian, di Mentakab Ahad lepas.
— Gambar Bernama KE MUKA PENGADILAN: A. Kumar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh semalam atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabka­n tiga kematian, di Mentakab Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia