Utusan Borneo (Sarawak)

Rafizi mahu kemuka representa­si tarik balik pertuduhan tohmah Tabung Haji

-

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli yang didakwa menyiarkan artikel mengandung­i tohmahan terhadap Tabung Haji, akan mengemukak­an representa­si kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadapny­a.

Peguam Nik Zarith Nik Moustpha, yang mewakili Mohd Rafizi berkata pihaknya akan menghantar representa­si itu secepat mungkin bagi memohon pertimbang­an daripada AGC supaya mengkaji semula pertuduhan sekali gus menarik balik pertuduhan terhadap anak guamnya.

Nik Zarith memaklumka­n perkara itu ketika pengurusan kes berkenaan di hadapan Majistret Umzarul An-Nur Umar semalam yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan.

Mahkamah juga menetapkan 30 Julai untuk pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukak­an hujahan bertulis masing-masing dan 28 Ogos ditetapkan untuk keputusan di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah sebelum ini mendengar keterangan tiga saksi pendakwaan pada perbicaraa­n kes itu yang bermula 4 Januari 2018.

Mohd Rafizi, yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan didakwa menyiarkan artikel bertajuk ‘Analisa Kewangan Tabung Haji 2009- 2015’ dalam akaun Facebook Rafizi Ramli bertarikh 9 Feb 2016, yang mengandung­i tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji yang boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 18, Bangunan Tabung Haji, 201, Jalan Tun Razak di sini, pada 9 pagi, 18 Februari 2016 mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia