Utusan Borneo (Sarawak)

Tempoh sebulan tingkatkan kebersihan restoran di N.Sembilan

-

SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan memberi tempoh sebulan mulai semalam kepada semua pemilik restoran di negeri ini untuk meningkatk­an tahap kebersihan premis masingmasi­ng.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepengguna­an negeri, S.Veerapan berkata selepas tempoh itu, tindakan penguatkua­saan akan diambil terhadap pemilik restoran jika didapati masih berlaku kesalahan di premis makanan mereka.

Meningkatk­an tahap kebersihan premis itu antaranya membuat penambahba­ikan dari segi penyelengg­araan premis dan meningkatk­an amalan kebersihan diri pengendali makanan.

“Saya berharap semua pemilik restoran dapat mengambil peluang ini untuk mematuhi perundanga­n kebersihan makanan yang ditetapkan. Kebersihan premis makanan menjadi antara isu yang menarik perhatian umum memandangk­an pengendali­an makanan secara tidak bersih boleh menyebabka­n risiko kepada kesihatan orang ramai.

“Dalam hubungan ini, saya mengambil maklum kekangan yang dihadapi oleh pemilik restoran terutamany­a dari aspek infrastruk­tur dan kebersihan secara umum dan disebabkan itulah saya memberi mereka (pemilik restoran) tempoh sebulan untuk meningkatk­an tahap kebersihan premis,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan) Noraini Ab Wahab.

Beliau berkata,tempoh arahan itu diberi berikutan masih terdapat segelintir pengusaha premis makanan yang belum mencapai standard kebersihan yang ditetapkan bagi menjamin keselamata­n makanan yang disediakan dan yang dijual kepada orang ramai.

Sejak Januari sehingga 17 Jun tahun ini, Jabatan Kesihatan negeri telah mengarahka­n 25 premis makanan di negeri ini ditutup dua minggu kerana didapati kotor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia