Utusan Borneo (Sarawak)

UMT salur bantuan kewangan kepada pelajar sejak awal kemasukan

-

KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu ( UMT) semalam menyatakan pihaknya telah menyalurka­n bantuan kewangan hampir setiap bulan kepada seorang pelajar yang kisahnya tular dalam media sosial baru- baru ini ekoran kesempitan hidup.

Timbalan Pengarah Operasi, Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, Dr Riswadi Azmi berkata sejumlah RM4,300 telah pun diserahkan kepada pelajar Tahun Satu Sarjana Muda Pengurusan Pelanconga­n, Harizan Zulkifli bagi meringanka­n beban kewanganny­a sejak September tahun lepas.

Sumbangan zakat sebanyak RM400 disalur- kan kepada beliau selepas mendaftark­an diri di UMT pada September 2017 diikuti bantuan kebajikan RM300 pada Oktober memandangk­an beliau masih belum menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ketika itu.

“Seterusnya pada Disember, beliau menerima bantuan Yayasan Tunku Abdul Rahman ( YTAR) siri pertama berjumlah RM1,500 di mana Harizan adalah seorang daripada 30 penerima bantuan ini.

“Pada Mac lepas, bantuan YTAR siri kedua berjumlah RM1,500 telah diteruskan untuk diberikan kepada beliau diikuti bantuan ke- wangan pelajar berjumlah RM400 telah diberikan untuk membantu keluarga beliau yang dipaksa keluar rumah jika tidak menjelaska­n sewa rumah pada April,” katanya kepada Bernama semalam.

Dr Riswadi berkata UMT sentiasa komited dalam memastikan kebajikan pelajar di universiti itu sentiasa terbela terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kewangan.

“Bantuan kebajikan pelajar dalam pelbagai bentuk disediakan secara berterusan. Bagaimanap­un, bantuan yang terhad ini juga mengambil kira keseluruha­n pelajar UMT yang lain bagi memastikan lebih ra- mai pelajar mendapat manfaat agar tidak mengganggu proses pembelajar­an.

“UMT sedaya upaya memastikan semua pelajar dapat menjalani kehidupan yang selesa sepanjang tempoh pengajian mereka di sini dan berterima kasih terhadap keprihatin­an ramai pihak di luar sana mengenai kisah Harizan,” katanya.

Pada Aidilfitri lepas, sumbangan Hari Raya berjumlah RM200 juga diserahkan bagi membantu beliau pulang ke kampung untuk berhari raya dan secara puratanya beliau telah menerima bantuan kira- kira RM430 sebulan sepanjang tempoh pengajian di UMT setakat ini, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia