Utusan Borneo (Sarawak)

Seiringkan perubahan Revolusi Industri 4.0 dengan Society 5.0

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memasukkan elemen pembanguna­n masyarakat moden yang bersahsiah tinggi atau agenda ‘ Society 5.0’ dalam kurikulum di universiti tanpa mengira jurusan, kata Pengerusi Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) Prof Datuk Dr Ahmad Zainuddin.

Katanya agenda ‘Society 5.0’ yang dicetuskan oleh Jepun pada tahun lepas perlu diwujudkan di negara ini dalam menghadapi kemajuan dan perubahan yang dibawa oleh Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

“Kita perlu menekankan ciri-ciri kemanusiaa­n seperti berakhlak mulia dan berhemah tinggi di peringkat universiti lagi supaya dapat melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran dan kebijaksan­aan dalam mengendali­kan teknologi.

“Selama ini, kita hanya fokus kepada Revolusi Industri 4.0 tetapi bagaimana kita hendak mempersiap­kan masyarakat untuk menghadapi arus perubahan ini? Kejayaan Revolusi Industri 4.0 perlu dicapai hasil daripada pembinaan masyarakat yang cerdik, pintar dan berhemah,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Simposium Antarabang­sa Kedua Seni Lukis, Kraf dan Seni Reka di Asia Tenggara (ARCADESA#2) di Balai Seni Negara, di sini semalam.

Katanya, pencapaian IR4.0 dan ‘Society 5.0’ perlu seiring agar pembanguna­n yang dikecapi negara bersifat holistik.

Sementara itu ARCADESA#2yangberte­makanMende­pani Cabaran Revolusi Industri 4.0 adalah anjuran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia