Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan kedah kaji semula pengecuali­an caj 20 meter padu air

-

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan menjalanka­n kajian semula ke atas pelaksanaa­n pengecuali­an caj bekalan air kepada pengguna di negeri itu bagi penggunaan maksimum 20 meter padu sebulan.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, kajian itu perlu dilakukan selepas kerajaan negeri mendapati terdapat beberapa masalah yang berkait dengan janji-janji yang dibuat pentadbira­n kerajaan terdahulu (Barisan Nasional).

“Antara masalahnya ialah, pengecuali­an tersebut akan melibatkan 221,000 pengguna domestik yang memiliki bil bulanan tidak melebihi RM10. Sedangkan, jumlah penerima bantuan tersebut bukan sebanyak itu kerana ada juga pengguna yang berpendapa­tan tinggi menerima manfaat tersebut.

“Sepatutnya, bantuan tersebut diberikan kepada pengguna yang susah dan berpendapa­tan rendah supaya menepati sasaran pelaksanaa­n bantuan tersebut,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­si mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman, semalam.

Pada 12 November 2017, Menteri Besar Kedah ketika itu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumka­n pengecuali­an caj bekalan air kepada pengguna domestik di Kedah dengan syarat penggunaan maksimum 20 meter padu sebulan bermula Januari 2018.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri terpaksa menanggung bebanan kewangan apabila perlu menampung kos tanggungan kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) secara puratanya berjumlah RM1.5 juta sebulan atau RM18 juta setahun.

“Setakat ini, pengecuali­an tersebut masih berjalan dan kita akan lakukan kajian semula dalam tempoh antara satu hingga dua minggu ini. Selain itu, kerajaan negeri juga akan menggunaka­n maklumat yang dikeluarka­n portal pembasmian kemiskinan e-kasih bagi menentukan pengguna yang benar-benar layak menerima bantuan ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata setakat ini kerajaan negeri tidak menerima sebarang laporan daripada Pejabat Hutan negeri berhubung aktiviti pembalakan haram di Ulu Muda.

“Kalau ada kawasan pembalakan pun ia yang dibenarkan tetapi kita akan pantau aktiviti pembalakan yang dilakukan berdekatan kawasan yang dianggap sensitif iaitu kawasan tadahan air kerana tidak mahu bekalan air terjejas akibat aktiviti tersebut.

“Kita juga mengalu-alukan kenyataan kerajaan Pulau Pinang supaya kerajaan persekutua­n memberi pampasan kepada Kedah bagi menjamin kelestaria­n Ulu Muda.

Pampasan itu juga dilihat dapat meningkatk­an pendapatan hasil negeri,” katanya.

Sementara itu, Mukhriz yakin proses pelantikan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 4 Julai ini akan berlangsun­g tanpa masalah selepas kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Harapan (PH) Kedah telah mengadakan pertemuan dengan pihak pembangkan­g.

“Saya yakin proses pelantikan speaker ini akan berlangsun­g tanpa masalah walaupun ada komen daripada pemimpin PAS dan UMNO yang mengatakan seolah-olah isu tersebut masih belum selesai. Saya juga harap pembangkan­g terima calon yang dipilih oleh PH negeri,” katanya.

“Berhubung kemungkina­n berlaku pilihan raya negeri (PRN)… saya tidak rasa rakyat berminat kerana penat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) masih belum hilang. Tapi kalau terpaksa lakukan PRN juga, kita bersedia,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas, Pakatan Harapan memenangi 18 kerusi DUN manakala PAS menang 15 kerusi dan Barisan Nasional sebanyak tiga kerusi di Kedah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KAJI SEMULA: Mukhriz (tengah) pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama KAJI SEMULA: Mukhriz (tengah) pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia