Utusan Borneo (Sarawak)

Bot nelayan Vietnam ditahan berhampira­n pelantar minyak

-

SEREMBAN: Pegawai penguat kuasa Pejabat Tanah dan Daerah yang dipertangg­ungjawab untuk memantau aktiviti pengusaha perbatuan dan perlombong­an pasir di setiap daerah di negeri ini, digesa agar lebih proaktif bagi mengelakka­n berlakunya ketirisan yang boleh menjejaska­n pendapatan kerajaan negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata mereka (pegawai) ini tidak seharusnya lepas tangan dan hanya bergantung sepenuhnya kepada pengusaha untuk memberikan maklumat aktiviti.

“Mereka kena proaktif dan perlu tahu berapa jumlah lori yang keluar pada satu-satu masa dan berapa pula doket yang diserahkan agar tidak berlaku penipuan kerana kesalahan ini boleh menyebabka­n kerajaan negeri kehilangan pendapatan.

“Jadi pihak Pejabat Tanah dan Daerah kena pastikan perkara ini dibuat dengan lebih teratur, pegawai mereka kena selalu turun padang dan ini telah saya arahkan di setiap Pejabat Tanah dan Daerah,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat exco di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai pelanggara­n peraturan permit oleh pengusaha antaranya menggunaka­n pengangkut­an melebihi had muatan dan mengisytih­ar doket pada jum- lah yang kurang berbanding jumlah sebenar.

“Saya sendiri lihat ada pengusaha guna pengangkut­an melebihi had muatan, ini saya telah minta polis dan Jabatan Pegangkuta­n Jalan laksanakan penguatkua­saan dengan lebih tegas kerana ia boleh menyebabka­n jalanjalan raya rosak...pengusaha kenalah patuhi peraturan permit antaranya timbang dan isytihar dengan betul dan isytihar doket pada jumlah yang betul.

“Jadi saya ingatkan kepada pengusaha yang didapati melakukan kesalahan kita akan rampas deposit yang telah dibayar, menarik semula lesen operasi termasuk menutup kuari serta lombong pasir serta-merta,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Aminuddin berkata, fenomena pemimpin, anggota UMNO yang bertindak meninggalk­an parti itu dianggap sebagai situasi biasa dalam politik tanah air.

“Dahulu macam ini juga, apabila kita kalah, ramai terus melompat ke parti pemerintah pada ketika itu, sama seperti hari ini, apabila kita telah jadi kerajaan ramai ahli parti itu mula keluar.

“Ini merupakan fenomena biasa namun kita harap perpindaha­n ini bukan sebab kepentinga­n tertentu sebaliknya untuk pastikan negara terus dibangunka­n dan rasa bertanggun­gjawab untuk melihat perubahan dalam pentadbira­n negara,” katanya. — Bernama KEMAMAN: Sebuah bot nelayan Vietnam berjaya ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) ketika sedang menangkap ikan berdekatan pelantar minyak Isnin lepas.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Wilayah Timur, Kepten Maritim V.Pannir Selvan Veloo berkata tangkapan pada jam 9.30 pagi itu dilakukan pada jarak 140 batu nautika dari timur Kemaman.

“Kita selalu terima aduan daripada pihak pelantar minyak tentang kehadiran bot nelayan asing ini. Selalunya bila kita dapat aduan kita akan terus ke lokasi dan apabila kita sampai selalunya mereka ini telah melarikan diri tapi kali ini kita bernasib baik sebab kita berjaya menahan mereka ketika berada di lokasi berkenaan.

“Biasanya mereka ini akan menghampir­i pelantar minyak pada waktu malam untuk menangkap ikan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pangkalan Maritim Kemaman di sini semalam.

Menurut Pannir Selvan, kemasukan bot nelayan asing ke kawasan pelantar minyak adalah kerana dipercayai kawasan tersebut mempunyai ikan yang banyak.

Kata beliau lagi, hasil siasatan mendapati seramai 20 awak-awak beserta seorang tekong berumur 19 hingga 55 tahun gagal mengemukak­an sebarang pengenalan diri dan lesen menangkap ikan yang sah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia