Utusan Borneo (Sarawak)

Klinik 1Malaysia dinilai sebelum dinaik taraf atau tutup: Menteri

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 346 Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan dinilai sebelum diputuskan untuk dinaik taraf dan dijenamaka­n semula sebagai Klinik Komuniti atau ditutup, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata syarat untuk sebuah Klinik 1Malaysia dinaik taraf sebagai Klinik Komuniti ialah menerima kedatangan pesakit sekurang-kurangnya 50 orang sehari, berkeluasa­n lebih daripada 1,400 kaki persegi dan mempunyai ruang untuk pegawai perubatan serta farmasi.

“Bagi Klinik 1Malaysia yang tidak memenuhi dua kriteria ini untuk dinaik taraf tetapi terdapat keperluan untuk perkhidmat­an kesihatan, Kementeria­n Kesihatan akan mengkaji semula waktu operasi selaras trend kedatangan pesakit bagi memastikan sumber digunakan secara optimum.

“Kementeria­n Kesihatan tidak berhasrat menutup Klinik 1Malaysia tetapi menaik taraf dan meningkatk­an keberkesan­an klinik tersebut,” katanya pada sidang media di kementeria­nnya di sini semalam.

Beliau berkata petugas Klinik 1Malaysia yang kesemuanya penjawat awam tidak perlu bimbang soal kehilangan jawatan kerana kesemua mereka akan diserapkan ke Klinik Komuniti.

Beliau berkata anggaran kos untuk penilaian semula, menaik taraf dan menjenamak­an semula Klinik 1Malaysia kepada Klinik Komuniti ialah antara RM5 juta hingga RM10 juta.

Dzulkefly berkata kedatangan pesakit ke Klinik 1Malaysia telah bertambah daripada 1.3 juta setahun kepada 6.59 juta pada 2017.

Pertambaha­n yang dicatatkan bagi tempoh 2010 hingga 2017 ialah sehingga 5 peratus setahun, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia