Utusan Borneo (Sarawak)

RM10,000 untuk setiap MPKK di negeri bawah PH, negeri lain masih dalam kajian

-

PUTRAJAYA: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) distruktur­kan semula dan diberi jenama baharu, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), kata Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Rina Mohd Harun.

Beliau berkata geran berjumlah RM10,000 akan diberikan kepada setiap MPKK di negeri-negeri di bawah Pakatan Harapan ( PH) dengan peruntukan keseluruha­n tidak melebihi RM100 juta setahun.

Katanya geran itu akan memberikan manfaat kepada 10,000 daripada 16,481 kampung di seluruh Malaysia.

“Geran ini digunakan untuk program-program bagi menjana pendapatan dan ekonomi kampung serta keceriaan dan kesejahter­aan kampung,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat pascakabin­et Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB), di sini semalam.

Dalam pada itu, katanya mekanisme pemberian geran bagi kampung- kampung di negeri Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak pula sedang dalam kajian dan dijangka selesai dalam tempoh sebulan lagi.

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, kampungkam­pung di negeri Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang di bawah pemerintah­an pembangkan­g ditadbir oleh Jawatankua­sa Kemajuan

Elaun sebelum ini RM900 (sebulan bagi pengerusi). Kadar elaun baharu (RM500) ini ditetapkan untuk semua lantikan baharu kerana kita turut memberikan geran untuk mereka melaksanak­an program.” Rina Mohd Harun Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JKKKP).

Bagaimanap­un, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n pemansuhan tugas dan perkhidmat­an JKKKP pada 30 Mei lepas kerana mengandung­i unsur-unsur politik.

Rina berkata urusan pelantikan, pertukaran dan penamatan MPKK dikekalkan di bawah kuasa kerajaan negeri, manakala tatacara pengurusan dan dasar akan dikawal selia oleh KPLB.

Menurutnya mesyuarat kabinet semalam turut bersetuju bahawa elaun pengerusi MPKK ditetapkan pada kadar RM500 sebulan, setiausaha ( RM300 sebulan), pengurusan mesyuarat (RM100 setiap mesyuarat) dan kehadiran mesyuarat (RM50 setiap mesyuarat).

“Elaun sebelum ini RM900 ( sebulan bagi pengerusi). Kadar elaun baharu (RM500) ini ditetapkan untuk semua lantikan baharu kerana kita turut memberikan geran untuk mereka melaksanak­an program,” katanya.

Rina berkata terdapat 11 biro di dalam MPKK terdiri daripada Biro Pembanguna­n Prasarana; Biro Keselamata­n dan Kesihatan; Biro Pengurusan Kewangan; Biro Ekonomi dan Keusahawan­an; Biro Kesejahter­aan dan Keceriaan; Biro Pendidikan dan Inovasi; Biro Pemantapan Spiritual; Biro Kebajikan dan Kesukarela­wan; Biro Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); Biro Infrastruk­tur dan Komunikasi dan Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.

“Kita rombak beberapa biro sedia ada tambah Biro Ekonomi dan Keusahawan­an kerana adalah menjadi hasrat kementeria­n untuk melahirkan lebih ramai usahawan luar bandar terutamany­a belia,” katanya.

Selaras dengan manifesto PH yang ingin memperkasa peranan wanita, Rina berkata MPKK akan dianggotai sekurang- kurangnya 30 peratus anggota wanita berbanding hanya 21 peratus sebelum ini.

Rina berkata KPLB melalui Institut Kemajuan Desa (INFRA) akan terus berperanan untuk melaksanak­an latihan kepimpinan dan urus tadbir desa kepada anggota MPKK bagi melahirkan anggota yang profesiona­l, berinforma­si dan berkemahir­an dalam melaksanak­an tadbir urus. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIROMBAK: Rina semasa sidang media berkenaan Penstruktu­ran Semula Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama DIROMBAK: Rina semasa sidang media berkenaan Penstruktu­ran Semula Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia