Utusan Borneo (Sarawak)

Ikan sardin mengandung­i cacing dikembalik­an kepada pengekspor­t

-

PUTRAJAYA: Produk sardin di dalam tin dari China yang disahkan mengandung­i cacing pembawa penyakit kepada manusia akan dikembalik­an kepada negara pengekspor­t, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.

Beliau berkata berdasarka­n maklumat yang diperolehi, sardin di dalam tin berjenama RANESA itu pernah diimport oleh negara ini namun tiada kejadian penemuan cacing.

“Untuk sardin jenama sama yang sudah ada di pasaran, ia di bawah bidang kuasa Kementeria­n Kesihatan untuk tindakan. Bagi dua kontena yang telah ditahan itu kita akan pulangkan semula kepada mereka (China).

“Justeru, syabas kepada Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) atas kecekapan mengesan dua buah kontena membawa produk sardin tin (import) dari China yang mengandung­i cacing,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Pada 14 Mei lepas, MAQIS menemui cacing yang boleh menyebabka­n penyakit anisakiasi­s kepada manusia di dalam sampel tin sardin dari China yang dibawa masuk menerusi North Butterwort­h Container Terminal (NBCT) Pulau Pinang.

Cacing terbabit ditemukan menerusi pemeriksaa­n fizikal dan pensampela­n ke atas beberapa tin sardin yang tiba di dalam dua kontena berisi ‘Canned Mackerel in Tomato Sauce’ jenama RANESA yang ditahan di NBCT dengan anggaran berat 36,720 kilogram bernilai RM199,797.24.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata pemeriksaa­n dan penguatkua­saan terhadap produk dan jenama makanan lain terutamany­a sardin di dalam tin di 57 pintu masuk seluruh negara akan dipergiat dengan bantuan MAQIS bagi memastikan produk terbabit menepati piawaian ditetapkan.

Kerajaan bukan sahaja bertanggun­gjawab untuk menyediaka­n bekalan makanan yang mencukupi tetapi harus memastikan ia berkualiti serta bebas ancaman yang memudaratk­an, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia