Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem e-bidding nombor plat tangguh 1 Ogos depan

-

PUTRAJAYA: Sistem e-bidding siri nombor pendaftara­n khas MALAYSIA sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n ditangguhk­an ke 1 Ogos hingga 16 Ogos daripada perancanga­n asal 2 Julai hingga 16 Julai.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata penangguha­n itu dibuat untuk membolehka­n Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) menguji sistem tersebut selain memastikan tiada isu teknikal berlaku apabila ia dilaksanak­an.

“Ini adalah projek perintis yang diharap dapat dijalankan secara efektif selain menambah pendapatan negara,” katanya, sambil menambah sistem e-bidding itu dijangka menarik lebih ramai pembida memandangk­an proses itu lebih telus dan mudah.

Sebelum ini, Loke mengumumka­n sistem bidaan nombor pendaftara­n melibatkan 10,000 siri tawaran bermula ‘Malaysia 1’ sehingga ‘Malaysia 9999’ akan dibuka kepada awam mulai 2 hingga 16 Julai.

Bercakap dalam sidang me- dia selepas mempengeru­sikan mesyuarat pasca kabinet di kementeria­nnya di sini semalam, Loke berkata sebuah syarikat teknologi maklumat tempatan telah menawarkan perkhidmat­an e-bidding pendaftara­n khas itu secara percuma sebagai tanggungja­wab sosial korporat syarikat itu.

Menurutnya, syarikat berkenaan telah mengemukak­an cadangan namun secara prinsip, persetujua­n tertakluk kepada Kementeria­n Kewangan sebelum mengumumka­n nama syarikat itu.

Dalam perkembang­an lain, Loke menegaskan bahawa pendirian kerajaan adalah tidak menghapusk­an perkhidmat­an e-hailing seperti Grab.

“Sebaliknya, kita mahu kawal selia dan memastikan khidmat e-hailing mematuhi peraturan dan undang-undang yang dipinda sebelum ini,” katanya.

Loke berkata undang-undang itu adalah untuk memastikan hala tuju perkhidmat­an e-hailing dan perkhidmat­an teksi dapat memuaskan hati semua pihak dan lebih adil.

Beliau turut menasihatk­an pemandu teksi supaya bersabar dan tidak mengadakan demonstras­i kerana pihaknya akan melaksanak­an peraturan terbaik demi kepentinga­n semua pihak.

Sementara itu, Loke mengarahka­n JPJ supaya mengkaji mekanisme untuk mengeluark­an sijil nyah pendaftara­n untuk kenderaan terbiar dan tidak dipakai di kawasan perumahan.

Ini kerana terdapat banyak aduan mengenai kereta terbengkal­ai di kawasan perumahan di Selangor dan Kuala Lumpur yang mengundang masalah kesihatan, katanya.

Menurutnya, memandangk­an isu memusnahka­n kenderaan melebihi 10 tahun tidak diterima baik oleh rakyat, maka perkara itu ditangguhk­an.

Loke turut menyelar laporan sebelum ini yang mengatakan kementeria­n akan melaksanak­an tindakan memusnahka­n kenderaan melebihi 10 tahun sebaliknya menegaskan perkara itu baharu di peringkat kajian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BENTANG: Anthony Loke (tengah) pada sidang media. Turut hadir Shaharuddi­n (kanan) dan Saripuddin (kiri).
— Gambar Bernama BENTANG: Anthony Loke (tengah) pada sidang media. Turut hadir Shaharuddi­n (kanan) dan Saripuddin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia