Utusan Borneo (Sarawak)

RM450,000 untuk Tabung Harapan

-

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam menerima sumbangan sebanyak RM425,000 daripada tiga syarikat terkemuka untuk Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan).

Tiga syarikat terbabit adalah Hotel Iconic yang menyumbang sebanyak RM200,000, Malaysia-Singapore Coffee Shop Proprietor­s’ General Associatio­n ( RM125,000) dan Perusahaan Sindi Sdn Bhd (RM100,000).

Sumbangan disampaika­n wakil syarikat masing-masing kepada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, semalam.

Chow berkata beliau mengucapka­n terima kasih kepada semua syarikat yang menderma untuk Tabung Harapan dalam membantu kerajaan persekutua­n menyelesai­kan masalah hutang negara.

Penubuhan Tabung Harapan diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei lepas bagi membolehka­n rakyat Malaysia menyalurka­n sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.

Sumbangan boleh disalurkan kepada nombor akaun Maybank 5660106264­52, dengan kutipan derma akan berakhir pada 31 Ogos, 2018.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancanga­n Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo selepas majlis menerima sumbangan untuk Tabung Harapan berkenaan mengumumka­n masing-masing 24 Ahli Majlis untuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang ( MBPP) dan Majlis Perbandara­an Seberang Perai (MPSP) yang baharu.

“Semua ahli majlis itu dilantik bagi penggal 1 Julai ini hingga 31 Dis 2019 dan pada kali ini seramai 15 muka baru MBPP dan 11 muka baru MPSP dilantik sebagai Ahli Majlis bagi membantu dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan.

“Harapan saya, semua Ahli Majlis yang dilantik itu terutama mereka yang baru dilantik perlu memberikan input- input yang bernas dan berguna kepada PBT kerana mereka sebagai satu lapisan kerajaan tempatan mempunyai peranan dalam kerajaan negeri dalam usaha meningkatk­an perkhidmat­an MBPP serta MPPP,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia