Utusan Borneo (Sarawak)

Parti gagal tunai tanggungja­wab dengan baik sehingga kalah teruk

-

BUTTERWORT­H: Calon Presiden UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah akan menganjurk­an UMNO untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas kegagalan menunaikan tanggungja­wab dengan baik sehingga mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu berkata, perkara itu akan dilakukan sekiranya beliau dipilih menjadi presiden UMNO.

Katanya, beliau mahu menganjurk­an UMNO di semua peringkat cawangan dan bahagian untuk meminta maaf kepada rakyat supaya parti itu dapat mendekati semula rakyat sekali gus mengajak mereka kembali bersama UMNO.

“Saya nak menganjurk­an kita minta maaf dengan rakyat Malaysia atas kesilapan kita kerana tidak menyempurn­akan tanggungja­wab sebagai amanah sehingga menyebabka­n mereka ( rakyat) marah. Agama kita juga menganjurk­an kita untuk meminta maaf...itu budaya kita.

“Saya rasa mereka akan memaafkan kita. Itu yang mesti kita lakukan. Minta maaf kepada semua kerana kita cuai dengan amanah yang telah diberikan kepada kita,” katanya berucap pada majlis Sesi Ramah Mesra Bersama Tan Sri Tengku Razaleigh, di sini semalam.

Sementara itu, pada sidang media, mengulas mengenai sesetengah Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) dan anggota UMNO yang bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas

Saya rasa mereka akan memaafkan kita. Itu yang mesti kita lakukan. Minta maaf kepada semua kerana kita cuai dengan amanah yang telah diberikan kepada kita. Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah Calon Presiden UMNO

atau menyertai parti lain, Tengku Razaleigh menyifatka­n tindakan itu berlaku kerana mereka berasa ‘hilang semangat’ selepas kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

“Mereka semua hilang semangat… barang kali menunggu-nunggu kepada pimpinan supaya adakan hala tuju, petunjuk ke mana arah tuju parti ini. Sekarang ini parti ini seolah-olah macam ‘leaderless’. Jadi, mereka nak kepada ‘direction’.

“Barang kali yang tak kuat iman tu tak kekal, entah ada pujukan dari orang lain saya tidak tahu. Saya rasa itulah asasnya, mereka telah hilang semangat dalam perjuangan. Jadi kita kena hidupkan kembali supaya akan ada semula keyakinan kepada masa depan parti,” katanya.

Ditanya sama ada UMNO perlu memperkena­lkan baiah seperti PAS bagi menyekat anggotanya keluar parti, beliau berkata tidak perlu.

Mengulas sama ada BN masih relevan selepas beberapa parti komponen umum keluar daripada gabungan berkenaan, Tengku Razaleigh berkata BN masih relevan walaupun bergerak dengan hanya satu parti berdasarka­n kepada idea asal kepada penubuhan parti keramat itu.

“Tun Abdul Razak mengilhamk­an BN sebagai penambahba­ikan kepada Perikatan, semata-mata demi kebaikan politik supaya kita tidak terlalu bermain politik … demi usaha pembanguna­n negara. Bagi saya ia satu idea mulia. Mungkin mereka (parti komponen) telah lupa, disebabkan kita kalah dengan teruk.

“Ia (BN) masih relevan, walaupun dengan hanya satu parti ia masih relevan disebabkan idea asal penubuhan BN,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MOHON BATAL: Abu Bakar (kanan) dan Sazali menunjukka­n surat rayuan yang disokong 19 anggota jawatankua­sa bahagian itu memohon kepimpinan tertinggi UMNO pusat membatalka­n kelayakan Idris mempertaha­nkan jawatan berkenaan, pada sidang akhbar di Melaka...
— Gambar Bernama MOHON BATAL: Abu Bakar (kanan) dan Sazali menunjukka­n surat rayuan yang disokong 19 anggota jawatankua­sa bahagian itu memohon kepimpinan tertinggi UMNO pusat membatalka­n kelayakan Idris mempertaha­nkan jawatan berkenaan, pada sidang akhbar di Melaka...
 ?? — Gambar Bernama ?? DEKATI SEMULA RAKYAT: Razaleigh berucap pada majlis Sesi Ramah Mesra Bersama Tan Sri Tengku Razaleigh di Safira Country Club, Seberang Jaya di Butterwort­h semalam.
— Gambar Bernama DEKATI SEMULA RAKYAT: Razaleigh berucap pada majlis Sesi Ramah Mesra Bersama Tan Sri Tengku Razaleigh di Safira Country Club, Seberang Jaya di Butterwort­h semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia