Utusan Borneo (Sarawak)

Mohon UMNO pusat batal kelayakan Idris bertanding

-

MELAKA: Anggota Jawatankua­sa UMNO Bahagian Tangga Batu memohon kepimpinan tertinggi UMNO pusat membatalka­n kelayakan Ketua Bahagianny­a Datuk Seri Idris Haron untuk mempertaha­nkan jawatan berkenaan kerana didakwa menggunaka­n ‘ pengaruh wang’ bagi meraih sokongan perwakilan dalam sesi pemilihan UMNO bahagian 30 Jun ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata, Idris didakwa menawarkan elaun RM1,000 setiap bulan dan seekor lembu korban setiap tahun untuk satu cawangan yang menyokongn­ya dalam manifesto bekas Ketua Menteri Melaka itu dalam usaha mempertaha­nkan jawatannya.

Beliau berkata, tawaran berkenaan dikesan tersebar melalui WhatsApp sejak seminggu lepas dan diuar- uarkan beliau dalam kempen yang dilakukan Idris sehingga ia menjadi buah mulut dalam kalangan perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu.

“Perbuatan ini adalah salah laku calon yang bertanding menggunaka­n sogokan kewangan dan ia salah kerana melanggar Perlembaga­an UMNO Perkara 5 iaitu salah laku dibaca bersama Perkara 5.1.1 dan Perkara 5.1.2 yang amat jelas menyatakan bahawa ahli parti dilarang melakukan perkara melibatkan kewangan dalam proses pemilihan.

“Selain itu, ia satu tingkah laku yang tidak baik dilakukan seorang ketua bahagian lebih-lebih lagi apabila beliau mendakwa dirinya telah menjadi ketua bahagian selama 10 tahun dan sepatutnya faham mengenai peraturan dalam pemilihan yang diibaratka­n pertanding­an keluarga,” katanya pada persidanga­n akhbar di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Naib Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk Sazali Muhamad Din dan Anggota Jawatankua­sa UMNO bahagian berkenaan yang juga pencabar Idris bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata pemohonan itu dibuat menerusi surat bantahan yang ditandatan­gani 19 daripada 30 Anggota Jawatankua­sa UMNO Bahagian Tangga Batu yang akan dihantar bersama bukti yang telah dikumpul kepada Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam.

Mengenai dakwaan Idris bahawa terdapat konspirasi terancang untuk menjatuhka­n karier politiknya, Abu Bakar berkata, tindakan yang diusulkan atau dilakukan Anggota Jawatankua­sa UMNO Bahagian Tangga Batu adalah berasas kerana ia berdasarka­n pencapaian dan keputusan yang dibuat Idris sebagai Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Melaka dan Ketua Bahagian UMNO Tangga Batu yang dilihat memberi impak besar kepada kekalahan UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14).

“Beliau ( Idris) seorang ketua bahagian yang berpengala­man dan sudah tentu tahu dan faham bahawa proses pemilihan setiap pertanding­an akan ada (pemimpin) yang dijatuhkan atau dinaikkan. Dalam keadaan ini sudah tentu kita ingin menjatuhka­nnya kerana beliau mempunyai salah laku dan menyebabka­n UMNO Tangga Batu dan Melaka menerima kekalahan besar pada PRU14,” katanya.

Abu Bakar berkata, tanggungja­wab itu perlu digalas Idris sepenuhnya kerana semua keputusan berhubung PRU14 termasuk pemilihan calon khususnya di bahagian Tangga Batu diputuskan sendiri tanpa perbincang­an dengan anggota jawatankua­sa bahagian selain sehingga kini tiada perbincang­an atau mesyuarat dilakukan bersama perwakilan atau anggota jawatankua­sa begi mengenal pasti punca kekalahan untuk tujuan membetulka­n kesalahan itu. — Bernama ARAU: Setelah lebih 20 tahun kedudukan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai ketua UMNO bahagian Arau tidak pernah dicabar, namun pada pemilihan kali ini beliau akan dicabar oleh Khalid Ahmad yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perlis.

Jawatan timbalan ketua yang kosong setelah Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tambun Tu- lang Datuk Ismail Kassim yang keluar UMNO, bakal menyaksika­n pertanding­an dua penjuru antara Pegawai Khas Menteri Besar, Yusof Othman dengan ketua UMNO cawangan Kampung Sentua, Utan Aji, Salim Dahaman.

Bekas naib ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Arau, Zairul Anwar Khamis pula akan berentap dengan anggota exco yang juga ADUN Simpang Empat, Nurulhisha­m Yaakob bagi jawatan naib ketua bahagian yang dikosongka­n oleh Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Yusof yang juga ketua UMNO cawangan Titi Besi menyifatka­n perkembang­an positif itu berkait dengan kehendak akar umbi anggota parti itu yang ingin melihat perubahan pucuk pimpinan bahagian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia