Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli Parlimen Bukit Gantang keluar UMNO, BN

-

KANGAR: Tengku Razaleigh Hamzah yakin UMNO mampu bangkit semula dan menerima sokongan orang Melayu jika anggotanya diberi kebebasan bercakap dan menegur pemimpin mereka.

Katanya, itulah yang dimahukan oleh anggota UMNO selepas parti tersebut mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum lalu.

“Mereka mahukan perubahan,” katanya selepas menemui pemimpin-pemimpin UMNO Perlis di Hotel Putra Regency di sini semalam yang turut dihadiri Pengerusi Perhubunga­n UMNO negeri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Bagaimanap­un Timbalan Pengerusi yang juga Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man tidak kelihatan.

Tengku Razaleigh mengulas hasil pertemuann­ya dengan pucuk pimpinan UMNO negeri-negeri selepas menawarkan diri bertanding jawatan presiden parti pada pemilihan 30 Jun ini.

Wakil rakyat Parlimen Gua Musang itu ditentang empat calon lain termasuk Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. — Bernama TAIPING: Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal hari mengumumka­n keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa 1 Julai ini.

Syed Abu Hussin yang memenangi kerusi Parlimen itu atas tiket BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ( PRU14) dengan majoriti 4,089 undi, turut mengisytih­arkan peletakan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang dan Pengerusi BN Parlimen Bukit Gantang berkuat kuasa semalam.

Beliau berkata, peletakan jawatan itu kerana kecewa dengan proses pemilihan Pemuda dan Wanita UMNO pada 23 Jun lalu yang memberi tamparan kepadanya dan kepimpinan.

“Yang lebih mendukacit­akan ialah penipuan berlaku dalam pemilihan saf kepimpinan apabila dua wakil rakyat Ahmad Saidi Mohd Daud (ADUN Changkat Jering) dan Jamilah Zakaria (ADUN Trong) serta 15 cawangan Pemuda yang bermesyuar­at dimatikan dan dinafikan hak tanpa notis,” katanya pada sidang media di sini semalam. Dalam pada itu, beliau berkata, peletakan jawatan parti itu untuk memberi laluan kepada barisan pelapis yang berkemampu­an.

“Keputusan yang saya buat ini atas kehendak diri saya sendiri setelah memikir dan meneliti sedalam-dalamnya. Keputusan ini juga tidak dipengaruh­i oleh individuin­dividu berkepenti­ngan atau mana-mana parti politik,” katanya.

Syed Abu Hussin berkata, walaupun beliau menang besar pada PRU14, namun perpecahan yang berlaku telah mengecewak­annya dan tidak dihargai.

“Saya akan terus memberi- kan tumpuan dengan menjalanka­n tugas saya sebagai wakil rakyat bebas tanpa ada gangguan untuk memberikan perkhidmat­an kepada rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkina­n menyertai parti lain, Syed Abu Hussin berkata, setakat ini beliau tidak fikir untuk menyertai manamana parti.

Syed Abu Hussin merupakan Ahli Parlimen kedua BN di Perak keluar parti selepas Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pada Ahad lalu. — Bernama KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed akan ada wakil Kelantan dalam kabinet kerajaan persekutua­n pimpinan Pakatan Harapan bagi memastikan aspirasi rakyat negeri ini dapat dimajukan ke peringkat pusat.

Beliau berkata, walaupun terdapat banyak saluran lain untuk mengutarak­an pelbagai hal berkaitan negeri ini tetapi perwakilan secara langsung dalam kabinet adalah penting dalam memastikan tindakan lebih pantas dapat diambil.

“Wakil ini penting kerana Kelantan seperti juga negeri lain mempunyai banyak isu seperti pendidikan, kesihatan, pembanguna­n, isu sempadan dan jenayah yang perlu dimajukan ke peringkat lebih tinggi,” katanya kepada pemberita di majlis jamuan hari raya bersama beliau di sini, Selasa malam.

Beliau berkata, secara realitinya sebelum ini, Kelantan masih mempunyai wakil kabinet di peringkat pusat walaupun Barisan Nasional (BN) ketika itu tidak memerintah Kelantan.

Jika benar dakwaan bahawa tiada wakil Kelantan dalam kabinet kerajaan baharu seperti yang ditularkan ia adalah sesuatu yang mendukacit­akan seluruh rakyat Kelantan, katanya.

“Bagaimanap­un, jika tular ini benar, kita harap suatu hari akan terdapat senator dilantik dari Kelantan (dan diberi jawatan menteri atau timbalan menteri),” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan senarai penuh kabinet yang tidak meletakkan sebarang wakil dari Kelantan yang tular sejak semalam. — Bernama

 ??  ?? SYED ABU HUSSIN
SYED ABU HUSSIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia